Satu Pulau Dua Negara!!

Aerill Hassan
2

Assalamualaikum..
 Saya tertarik untuk menulis mengenai Pulau Sebatik kali ini kerana terdapat keunikan dari aspek status pemilikannya. Pulau seluas km persegi ini terbelah di tengah-tengah oleh sempadan antarabangsa dua buah negara iaitu Malaysia dan Indonesia. Bagaimana boleh terjadi demikian - mesti ada ceritanya.
 Keluasan keseluruhan Pulau Sebatik ialah 452.2 km persegi manakala keluasan Pulau Sebatik yang termasuk dalam wilayah Malaysia ialah 204.7 km persegi. Bagaimanapun jumlah penduduk di wilayah Malaysia hanya 25,000 sahaja berbanding dengan wilayah Indonesia seramai 80,000 orang - lebih 3 kali ganda.
 Jarak Pulau Sebatik dari Tawau hanya 8 km sahaja dan dipisahkan oleh Telok Cowie. Perjalanan menaiki bot hanya mengambil masa 20 minit sahaja dari jeti Tawau ke jeti Kampung Sungai Tongkang.

http://img.iyaa.com/iii/resize/300/file/berita/regional/umum/__icsFiles/afieldfile/2012/06/24/_bersama_indonesia__malaysia_1-5530017783941957226.jpg 


 
Menulis perkataan Telok Cowie, teringat saya tentang satu tragedi kemalangan sebuah pesawat Caribou TUDM dalam tahun 1970 yang mengorbankan 11 orang termasuk juruterbangnya. Hampir kesemua penumpang yang terkorban adalah anggota tentera darat.

Sukar untuk mendapat maklumat mengenai Pulau Sebatik sebelah Malaysia. Saya menyusuri website dan blog-blog berkaitan dengan Pulau Sebatik, kebanyakannya ditulis oleh rakyat Indonesia. Disamping cerita berkaitan semangat keIndonesiaan khususnya yang melibatkan isu persempadanan, pemilikan perairan dan pulau-pulau sekitar sebelah Kalimantan Timur.

Tetapi kebanyakan suara rakyat Indonesia, merasakan kekecewaan mereka kerana Pulau Sebatik telah terpinggir dari arus pembangunan Indonesia. Mereka seperti dianaktirikan oleh kerajaan Indonesia. Rata-rata mereka memuji keprihatinan Kerajaan Malaysia mengenai pembangunan rakyatnya. Malah ekonomi rakyat Indonesia di Pulau Sebatik adalah bergantung berat ke arah Malaysia. Hasil mahsul pertanian dan perikanan mereka dijual ke Malaysia (khususnya Tawau) dan mereka mendapat bekalan barang keperluan harian dari bandar Tawau. Malahan kata mereka harga barangan di Malaysia jauh lebih murah dari di Indonesia. Matawang RM diterima secara meluas di wilayah Indonesia.

http://www.lapanrs.com/lapannew/isdal/Sebatik_LU_a1.jpg

Penduduk Indonesia banyak bertumpu di sempadan Malaysia. Walaupun terdapat batu penanda sempadan di sepanjang sempadan negara, ia tidak diberatkan. Ada rumah rakyat Indonesia yang anjungnya di wilayah Indinesia, dapur dan bilik airnya di wilayah Sabah. Ramai penduduk Indonesia mengusahakan tanah di Malaysia dengan cara sewaan. Katanya harga tanah di Indonesia kira-kira 10 juta Rupiah (sehektar, manakala di Malaysia mereka boleh menyewa hanya RM100 sahaja (Rp280,000) untuk ukuran tanah 9 x 17 meter.

Dari aspek pembangunan, diberitakan wujud perbezaan pembangunan prasarana yg amat ketara di antara dua wilayah. Malah sarjana Indionesia dalam kajian mereka telah melahirkan kebimbangan atau kekhuatiran jika Kerajaan Indonesia terus menerus tidak mengambil berat ke atas pembangunan ekonomi di Pulau Sebatik, mereka mungkin mahu menjadi sebahagian dari wilayah Malaysia kerana mahukan kehidupan yang lebih makmur.


Foto : Salah satu pos kawalan sempadan pihak Indonesia. Wilayah Malaysia dibelakang rumah tu saja.



Sumber


Post a Comment

2Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!