Assalamualaikum dan salam sejahtera
Tidak kira apakah tujuan penggunaannya, kita mahukan yang terbaik berdasarkan kewangan kita. Jika ada diantara kita yang masih tercari-cari jenama laptop yang terbaik, berikut adalah panduan yang bersumberkan dari mycetc.blogspot.com:
PERTAMA
Buat kajian melalui google apakan 'top laptop'. Kajian dibuat berdasarkan laptop yang paling anda suka:
Berikut adalah contohnya contoh top 10:
1. Asus2. Fujitsu3. Apple4. Dell5. Toshiba6. HP7. Lenovo8. NEC9. Samsung10. Sony
KEDUA
Kemudian, daripada top 10, cuba anda pilih 5 yang paling anda suka.Berikut disenaraikan 5 contoh pilihan.
1. Asus2. Dell3. Samsung4. NEC5. Fujitsu
KETIGA
Daripada 5 pilihan, pecahkan kepada 3 pilihan paling disukai. Contoh pilihan 3 terbaik adalah:
1. Asus2. Dell3. Fujitsu
KEEMPAT
Pilih salah satu yang terbaik daripada 3 pilihan.Cara membuat pilihan adalah berdasarkan:
1. Jenama
2. Prestasi ( jenis CPU, kelajuan CPU dan RAM, ciri-ciri moden contohnya USB 3.0, HDMi )
3. Rekabentuk ( berkotak / aerodinamik / nipis )4. Warna / corak ( gelap / cerah / batik / wooden effect / country style )
5. Harga yang ditawarkan ( bergantung pada bujet )
KELIMAPerkara yang perlu dielakkan ketika membeli laptop adalah:
1. Jangan beli ikut kawan yang membeli jenama tersebut kerana ianya banyak di kedai-kedai komputer.
2. Jangan beli kerana 'ayat-ayat power' dari penjual/promoter kedai komputer tersebut. Rujuk kepada rujukan yang telah dilakukan.
3. Jangan beranggapan semua laptop sama yang berbeza adalah nama dan harga.
4. Elakkan membeli jenama laptop yang ditawarkan dengan harga murah sedangkan spec yang diberikan adalah sama seperti jenama laptop lain tetapi harganya mahal dan berpatutan dengan spec diberikan. Kebiasaanya laptop begini amat mudah rosak walaupun spec yang diberikan sangat bagus. Contohnya, sepatutnya spec diberi adalah pada harga RM1,300 tetapi harga ditawarkan jauh lebih murah. Hati-hati dengan perkara terselindung seperti ini!
5. Beli berdasarkan tujuan penggunaan. Sekiranya untuk kerja-kerja menaip, internet dan blogger, harga RM1, 200 hinga 1, 400 adalah memadai. Sekiranya tugasan berkaitan grafik pilihlah yang berharga RM2,000 hingga RM4,000 yang menjanjikan prestasi
OS DAN PERKAKASAN
3 perkara asas untuk optimumkan sebuah laptop.)
1. Operating System- Pilih OS siri 64 Bit dan yang paling baik dalam kelasnya. Contohnya Windows 7 Ultimate 64 Bit ataupun Windows XP Pro 64Bit.
2. Processor - AMD atau Intel. Kelajuan 1600Mhz hingga 1800Mhz, memadai untuk tugasan seperti menaip, blogger, melayari internet di laman sosial dan kerja-kerja ringan yang lain. Processor AMD ianya lebih cekap dan laju serta menjimatkan bateri. Serta amat lancar untuk kerja-kerja suntingan video / audio dan foto. Terdapat juga Procesor yang boleh menjana kuasa sehingga 3.6Ghz.
3. Memory ( RAM ) - Pilih jenis terkini, iaitu DDR3. Menaiktaraf RAM kepada saiz lebih besar adalah bagus, namun anda haruslah membaca dahulu buku panduan disediakan untuk menegtahui saiz terbesar yang mampu ditampung oleh laptop yang ingin dibeli. Contohnya, saiz paling tinggi yang mampu ditampung adalah 8GB DDR3 1600Mhz PC3-12800. Maka, ikut spec bacaan Mhz dan PC3 serta tidak melebihi 8GB. (PC3 bermaksud, ia dari jenis DDR3 dan data per saat bersamaan 12.8Mbps....manakala, Mhz adalah kelajuan detik jam per saat )
LINKS:1. computers.toptenreviews.com2. pcmag.com3. reviews.cnet.com4. businessinsider.com5. techradar.com (top-laptops-25-best-laptops-in-the-world)
Sekian
*Angah dah ada lappy sendiri :D
Memang kena buat research dulu b4 nak beli gadjet2 nie.
ReplyDeleteBut almost everything I don't know bout this
:) betul2
DeleteNice Info DJH :)
ReplyDeletethanks :D
DeleteAsaL lancar main game.. itulah yg terbaik.. hehehe
ReplyDeletebetul2..haha main game terbaik :D
Deletenice sharing!
ReplyDeletethanks emyr :D
Deletenice info....
ReplyDeletetq sudi share info..
ReplyDeleteGreat blog, Thanks to share this amazing information with us, This blog is really interesting and also very helpful for us.
ReplyDeleteDOWNLOAD AVADA PREMUIM THEME NULLED DOWNLOAD