Surah Al Mulk

Aerill Hassan
2
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Di sini  moga dapatlah kita bersama-sama mengamalkan surah ini untuk keselamatan di dunia ini dan akhirat nanti. Ambillah fadhilat dari surah Al-Mulk ini untuk panduan hidup kita semua.
Angah dulu selalu juga amalkan surah Al-Mulk ni,tapi semenjak tinggal di U,dah macam kurang sikit.Jadi sama2 kita mengamalkan surah ini bersama.


 Daripada Abi Hurairah r.a dari Rasulullah s.a.w. bersabda:  “Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada 30 ayat yang memberi syafaat kepada pembacanya hingga diberi keampunan untuknya  iaitu surah Al-Mulk.
Daripada Anas Ibnu Malik berkata: Nabi s.a.w. telah bersabda:  Sesungguhnya seorang lelaki yang sebelum kamu telah meninggal dunia dan tidak ada bersamanya sedikitpun daripada kitab Allah kecuali “Tabaarakal Lazi”. Maka apabila dimasukkan ke dalam kubur, datanglah kepadanya malaikat. Maka surah itu telah menahan wajahnya dan malaikat berkata pada surah itu, sesungguhnya kamu daripada kitab Allah dan saya tidak mahu menyusahkan kamu, sesungguhnya saya tidak boleh memberi kepada kamu dan kepada dia, dan kepada saya kemudharatan atau kemanfaatan. Sesungguhnya  jika kamu mahu memberi manfaat kepada dia (simati), jadi pergilah menemui Allah swt dan mintalah syafaat darinya. Maka diapun (surah) menemui Allah swt dan berkata, ” Wahai  Tuhanku, sifulan ini (si mati), dia pilih saya dalam kitabmu dan dia pelajari saya dan dia membaca saya, bolehkah wahai Allah, engkau membakar dan menyeksanya, walhal saya di dalam dadanya. Maka jika engkau ingin berbuat demikian, maka padamlah saya dari kitabmu. Dan Allah berfirman, ” Aku nampak kamu marah”. Dia (surah) menjawab: ” Sesungguhnya saya marah”. Allah swt berfirman: “Pergilah sesungguhnya aku memberi dia kepada kamu dan kamu menjadi syafaat ke atasnya.

Surah Al Mulk ini merupakan surah yang ke 67  daripada 114 surah kesemuanya.

Sekian

Post a Comment

2Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!