Tips Memilih Telefon Pintar

Aerill Hassan
6


Assalamualaikum dan salam sejahtera.Hari ni angah nak share dengan korang tentang Telefon Pintar :D Angah nak share dengan korang. :)

Mempunyai sebuah telefon pintar hari ini menjadi hampir keperluan untuk setiap orang. Jadi, ianya tidak hairan jika pihak pengeluar telefon pintar melancarkan pelbagai model peranti telefon pintar yang kadangkala hampir sama dari segi spesifikasi mahupun harga. Walau bagaimanapun, kebanyakkan pembeli sering keliru dengan setiap peranti dan harganya. Jadi dengan itu, aku memutuskan untuk berkongsi beberapa aspek yang perlu diketahui dan panduan untuk mereka yang mahu membeli dan memiliki telefon pintar. Dengan itu, ianya mungkin sedikit membantu korang mendapatkan telefon pintar dengan tawaran yang terbaik.

 Sistem Operasi

Mungkin korang sudah tahu dimana telefon pintar hari ini menggunakan pelbagai sistem operasi untuk dijalankan. Tetapi, sejauh manakah pemahaman korang kepada sistem operasi tersebut. Sebagai contoh, antara sistem operasi yang digunakan oleh telefon pintar hari ini seperti Android, iOS, Blackberry, dan Windows Phone 7.
Android
Android adalah salah satu sistem operasi yang popular digunakan untuk telefon pintar. Versi terkini Android adalah Android 4.1 atau juga dikenali sebagai Jelly Bean. Tetapi, hingga hari ini tidak banyak telefon pintar yang menggunakan Android versi ini, tetapi ianya menggunakan Android 4.0 Ice Cream Sandwich (ICS). Kelebihan menggunakan peranti Android adalah pada bahagian pengubahsuaiannya dan kepelbagaian. Banyak pengeluar telefon pintar menggunakan Android untuk model peranti mereka. Ianya kerana, Android membenarkan pengeluar menggunakan paparan antaramuka/user interface (UI) mereka sendiri. Ianya juga boleh dikatakan antara sistem operasi yang menyokong fungsi multi-tasking dan mudah disesuaikan kepada pengguna. Walaupun banyak telefon pintar Android ini dipasarkan dengan mempunyai kos rendah, ianya tidak bermaksud ianya mempunyai tahap prestasi yang bagus. Sebagai panduan kepada korang semua, pilihlah telefon pintar yang menggunakan Android 4.0 Ice Cream Sandwich atau terkini kerana mungkin ianya berpeluang untuk mendapat kemaskini firmwareterbaru. Jika korang tidak mempunyai bajet yang tinggi, korang juga boleh dapatkan telefon pintar yang menggunakan Android 2.3 Gingerbread.
Windows Phone
Windows bukanlah sistem operasi yang baru didalam arena telefon pintar. Tetapi, untuk versi terkini Windows Phone, ianya didatangkan didalam paparan antaramuka Metro. Paparan Metro yang boleh dikatakan menarik dan unik serta integrasi bersama-sama perkhidmatan Microsoft membantu pengguna menggunakannya dengan lebih mudah. Antara kelebihan mereka ianya didatangkan dengan peranti yang berharga tidak beberapa mahal walaupun sokongan aplikasi terlalu terhad atau kurang. Jika korang bercadang ingin menggunakan Windows Phone, aku disini mencadangkan korang membeli peranti Windows Phone dari Nokia. Nokia mempunyai sokongan sepenuhnya keatas Windows Phone.

iOS
iOS dari singkatan sistem operasi iPhone (iPhone Operating System) hanya boleh didapati didalam 3 model peranti yang berbeza fungsi iaitu iPhone, iPad, dan iPod. Jika korang adalah seorang daripada pengguna produk dari Apple seperti MacBook atau peranti lain, digalakkan korang terus menggunakan produk dari Apple. Tetapi jika anda mahu membeli peranti terkini dari Apple, aku cadangkan korang tunggu sebentar kerana model iPhone terbaru (dikatakan iPhone 5) akan diperkenalkan pada bulan hadapan. Selebihnya, iOS 6 (iOS terkini) hanya boleh digunakan pada model iPhone 3GS, iPhone 4, dan iPhone 4S. Jadi pilihan untuk korang amatlah terhad. Disebabkan kesemua peranti dari Apple yang dijual di Malaysia boleh dikatakan mahal, korang perlu bersedia untuk mengeluarkan sejumlah wang untuk memilikinya.
BlackBerry OS
BlackBerry OS yang terkenal dengan BBM adalah satu sistem operasi yang menggunakan kuasa bateri yang amat rendah. Ianya diperkatakan dibangunkan untuk kegunaan golongan ahli perniagaan dan datang didalam lingkungan yang tetap dan terhad. Bagi aku, reka bentuk perantinya tidak begitu menarik minat aku untuk menggunakannya dan sokongan aplikasi yang teramat kurang. Kesimpulannya, jika korang didalam golongan ahli perniagaan atau mereka yang mahukan telefon pintar yang mempunyai ketahanan kuasa bateri, inilah telefon pintar yang patut korang miliki.
Symbian/Nokia Belle
Symbian atau kini telah dijenamakan semula sebagai Nokia adalah satu sistem operasi yang kurang popular dipasaran Malaysia. Walaupun perantinya didatangkan dengan spesifikasi yang mungkin menakjubkan tetapi ianya tidak mampu mencapai nilai pasaran yang tinggi. Bagi aku sistem operasi ini boleh dikatakan menarik dari segi paparan dan fungsi yang disediakan, tetapi korang perlu tahu tidak semua perkara pada telefon pintar ada padanya. Dengan sokongan aplikasi dan permainan yang kurang, menyebabkan Symbian semakin hilang popularitinya. Walau bagaimanapun, versi terkini Symbian/Nokia Belle tidaklah teruk seperti mana yang diperkatakan. Aku sendiri pernah menggunakannya.

Faktor Reka Bentuk, Dimensi, Berat & Material

Sesetengah telefon pintar boleh dikatakan kelihatan serupa. Dari segi reka bentuk ianya tidak banyak beza, tetapi saiz, berat, dan paparan sebenar yang menjadi faktor pengguna memilih sesuatu telefon pintar tersebut. Ramai orang memilih untuk menggunakannya telefon pintar yang nipis, kompak, dan semestinya bersesuaian dengan harga yang ditawarkan. Walau bagaimanapun, sebagai contoh Samsung Galaxy Note yang bersaiz agak besar masih menjadi pilihan ramai. Ianya agak keteria yang subjektif untuk dibincangkan dan tidak banyak boleh aku perkatakan. Hanya mampu aku perkatakan disini, pilihlah telefon pintar yang mudah untuk korang pegang, simpan atau bawa kemana saja. Dari segi material, carilah yang bersesuaian dengan kadar penggunaan korang atau berkorbanlah sedikit wang ringgit untuk membeli pelindung (cover) yang berkualiti. Mungkin agak mahal dari menyesal kemudian hari.

Saiz Skrin & Kualiti

Skrin adalah satu perkara yang diambil kira semasa untuk membeli telefon pintar. Ada beberapa perkara yang perlu korang tahu. Pertama, mengenai saiz skrin tersebut. Ramai yang cenderung kepada skrin besar. Bagi aku, skrin bersaiz 4 inci sudah mencukupi & skrin yang melebihi 5 inci mungkin tidak mesra poket. Ya, aku maksudkan Galaxy Note. Selain dari itu, resolusi skrin tersebut patut dipertimbangkan. Apa guna skrin besar gabak kalau resolusi hampeh. Untuk dapatkan resolusi yang bagus, skrin tersebut sekurang-kurangnya mempunyai resolusi sebesar 800 x 480. Untuk paparan yang lebih baik, sudah semestinya resolusi HD (1280 x 720) dan qHD (960 x 540). Tetapi jika korang bertanya, telefon pintar apakah mempunyai resolusi paling baik? Jawapannya adalah iPhone 4S. Walaupun saiz skrinnya hanyalah 3.5 inci, ianya didatangkan didalam resolusi tinggi (640 x 960). Ini apa yang Apple perkatakan teknologi Retina Display. Disebabkan jumlah piksel yang tinggi pada skrin, jumlah ketumpatan piksel juga mestilah tinggi. Barulah mendapatkan paparan yang baik pada skrin tersebut.


Seterusnya adalah jenis skrin. Terdapat 2 jenis skrin yang digunakan iaitu LCD dan LED. Setiap telefon pintar menggunakan skrin yang berbeza-beza dan keduanya mempunyai tahap ketahanan yang berlainan. Sebagai contoh iPhone 4S dan HTC One X menggunakan skrin Super LCD with IPS (In-Plane Switching) manakala Samsung Galaxy S3 menggunakan skrin AMOLED. Kedua-duanya menghasilkan paparan yang bagus tetapi sedikit berbeza pada kadar penghasilkan warna, kontras, dan lain-lain. Aku tidak dapat jelaskan perkara tersebut disini kerana masih belum memahaminya dengan lebih dalam. Jadi, semasa memilih telefon pintar, pilihlah model yang mempunyai skrin yang boleh dilihat dari perbagai sudut dan dapat dilihat dibawah sinaran matahari. Selepas ini tiada lagi alasan untuk menggunakan telefon pintar dibawah sinaran matahari kerana korang mampu melihat paparan skrin yang dihasilkan dan bukannya wajah sendiri.


Prosessor & RAM

Kedua-dua komponen ini seperti jantung dan otak sesebuah telefon peralatan komputer. Untuk mencapai kadar prestasi yang tinggi, prosessor yang baik dan RAM yang cukup diperlukan. Ya, ianya juga bergantung pada sistem operasinya juga. Kebanyakkan telefon pintar terkini hari ini dilengkapi dengan prosessor Dual-Core atau Quad-Core yang mempunyai kelajuan 1.2GHz atau lebih. Prosessor yang berkuasa dan digunakan pada telefon pintar adalah Qualcomm Scorpion dan ARM Cortex A9. Ia biasanya dipanggil SoC (System on Chip) yang terkandung CPU (Central Processing Unit) dan GPU (Graphic Processing Unit) sepagai pasangan. SoC terkini dan terbaik hari ini adalah Nvidia Tegra 3, Samsung Exynos Quad dan Qualcomm Snapdragon S4. Apa-apa pun, digalakkan cari telefon pintar yang menggunakan prosessor Dual-Core.
Kalau prosessor dah power, RAM pun kena power la jugak. RAM sebesar 512MB adalah paling minimum. Kebanyakkan telefon pintar yang dilabel ‘High End‘, ianya didatangkan dengan 1GB RAM dan ada juga 2GB RAM. Tak kisah besar mana RAM korang nak, yang penting 512MB ke atas.

 

Ruangan Kapasiti

Telefon dah canggih, skrin resolution dah terbaik, mesti nak masuk video HD kan. Jadi perlukan ruangan kapasiti yang tinggi. Kebanyakkan telefon pintar Android menyokong tambahan ruangan kapasiti dengan menggunakan kad microSD. iPhone takde, tapi korang boleh dapatkan iPhone 64GB. Tetapi malangnya Windows Phone 7 juga tidak menyokong kad microSD, tetapi pada Windows Phone 8 diperkatakan bakal menyokong penambahan ruang kapasiti melalui sokongan kad memori. Untuk iPhone aku tak pasti. Tetapi ura-ura mengatakan iPhone 5 pun akan didatangkan dengan sokongan penambahan ruang kapasiti. Bagi aku, 8GB memori dalaman sudah mencukupi, tetapi pastikan ianya mempunyai sokongan penambahan kapasiti. Kalau takde kena cari peranti mempunyai memori dalaman yang tinggi atau besar.


 Kamera & Rakaman Video

Kebanyakkan telefon pintar didatangkan dengan kamera sebesar 5 megapiksel dan 8 megapiksel. Dan ada juga yang didatangkan dengan kamera bersaiz 16 megapiksel dan paling tinggi setakat ini adalah 41 megapiksel iaitu Nokia PureView 808. Biarpun saiz kamera yang sama pada berlainan model, kualiti gambar yang dihasilkan tidaklah sama. Jadi untuk pengesahan sila cuba ambil beberapa gambar dah periksa pada penghasilan warna, pengcahayaan yang rendah (low light), dan lain-lain. Begitu juga dengan rakaman video. Walaupun ianya mempunyai piksel yang sama, keupayaan rakaman video yang berbeza. Korang boleh periksa samaada kamera tersebut berupaya merakam video HD, dan yang paling baik apabila ianya mampu merakam video full HD 1080P.


Jangka Hayat Bateri

Mempunyai spesifikasi teknikal yang tinggi pasti membanggakan seseorang itu, tetapi jika kuasa bateri hanya bertahan jangka masa yang pendek tidak guna juga. Mengikut pengalaman aku, melayari internet menggunakan sambungan 3G mempercepatkan kuasa bateri kehabisan. Jadi dengan itu, bateri yang mempunyai kapasiti yang tinggi diperlukan. Hari ini, telefon pintar yang paling tinggi kapasiti baterinya adalah Motorola Droid RAZR Maxx iaitu sebanyak 3300mAH. Ianya diperkatakan mampu bertahan selama 20 jam waktu bercakap. Yang penting kapasiti sesebuah telefon pintar tersebut mampu bertahan selama 7 ke 9 jam untuk penggunaan maksimum. terdapat beberapa cara untuk mengoptimasikan penggunaan kuasa bateri.

Harga & Pakej

Harga sesebuah telefon pintar tersebut adalah salah satu aspek penting yang perlu diambil kira sebelum membeli. Ianya bergantung sepenuhnya kepada bajet seseorang itu dan kepenggunaan peranti tersebut kepada individu itu. Tidak perlu menghabiskan wang yang banyak untuk membeli telefon pintar yang terlalu canggih tetapi penggunaan telefon tersebut hanyalah minimum.
Bagi pakej pula, sila pertimbangkan kadar bayaran bulanan dan pakej ditawarkan sebelum membeli sesuatu telefon pintar yang mempunyai pakej dari syarikat telekomunikasi. Ianya bagi mengelakkan pembeli tidak terasa bebanan dan membayar sejumlah wang yang tidak tidak masuk akal untuk peranti tersebut. Buatlah keputusan yang bijak.

Sumber : Sini

Sekian
Tags

Post a Comment

6Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!