Beijing: Gara-gara mahukan wang segera, seorang lelaki nekad memotong sendiri jari telunjuknya dan menghantar cebisan itu kepada ibu bapanya dengan mendakwa dia menjadi mangsa culik. Menyangka ia langkah yang cerdik, lelaki berusia 31 tahun itu turut cuba meyakinkan keluarganya kononnya dia hanya akan dibebaskan jika wang tebusan dibayar.
Bagaimanapun helah lelaki dari Hubei itu gagal.Sebaliknya dia kini ditahan polis atas dakwaan memeras ugut.Polis berkata, turut ditahan ialah dua rakannya yang bersubahat merancang dan melaksanakan helah itu.
Jurucakap polis berkata, lelaki terbabit dikenali sebagai Chenmou Huang.“Chenmou dan dua rakannya tidak bekerja dan sangat pemalas,” katanya.
Beberapa hari lalu, katanya, mereka berbincang cara mendapatkan wang segera dan kemudian timbul idea mengenai ‘penculikan’ berkenaan.
“Untuk menampakkan rancangan itu benar-benar terjadi, rakan Chenmou memotong jari telunjuknya dan menghantar keratan itu bersama nota tuntutan wang bernilai 120,000 yuan (RM62,664),” katanya.
Melihat jari itu, kata jurucakap polis, ibu bapa Chenmou menghubungi polis dan selepas disiasat pembohongan itu akhirnya terbongkar. - Agensi
*Pandangan angah?? Jangan jadi bodoh sangat.
Bengongnye.. Macam-macam cara sekarang nih manusia nekad sebab nak cepat kayakan.
ReplyDeleteentahlah..bengong sangat2 :D
Deleteeee bodo punya olang haha
ReplyDeletemmg bodo
Deletegulp..xsakit ke..adooiii
ReplyDeletehehe mcm sakit je nmpak
Deletepitam....
ReplyDeletehhe sabar2
DeleteScarynya lahai. Terus scroll bawah baca, tak sanggup nak tengok gambar tu.
ReplyDeletemmg scary..hehe
Deletepergh!! ngeri siot tgk..
ReplyDeletemmg ngeri.lepas ni kena beringat2
Deletebangang...
ReplyDelete