Kuala Lumpur #VMY2014

Aerill Hassan
7



Kuala Lumpur atau nama penuhnya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, ialah ibu negara dan bandar terbesar di Malaysia. Kawasan Wilayah Persekutuan ini yang meliputi tanah seluas 244 km2 (94 batu²), diduduki 1.63 juta orang mengikut banci tahun 2010.Kuala Lumpur tergolong dalam sebuah kawasan metropolitan besar yang turut meliputi sebahagian besar negeri Selangor, iaitu Lembah Klang, sebuah kelompokan bandar yang diduduki 7.2 juta orang, dan juga kawasan metropolitan yang paling pesat membangun di negara dari segi bilangan penduduk dan ekonomi.
Kuala Lumpur merupakan tempat letaknya Parlimen Malaysia, dan juga pernah menjadi lokasi cabang eksekutif dan kehakiman kerajaan persekutuan yang kini bertapak di Putrajaya sejak tahun 1999. Namun begitu, terdapat beberapa cawangan kehakiman yang kekal di ibu kota ini. Kediaman rasmi Yang di-Pertuan Agong, iaitu Istana Negara, juga terletak di Kuala Lumpur. Bandar raya ini juga merupakan pusat kebudayaan dan ekonomi Malaysia kerana kedudukannya selaku ibu negara dan bandar raya primat. Kuala Lumpur ditarafkan sebagai bandaraya dunia alfa, dan juga satu-satunya bandar raya global di Malaysia, menurut Globalization and World Cities Study Group and Network (GaWC).


KLCC


Pusat Konvensyen Kuala Lumpur adalah pusat pameran dan konvensyen utama di Kuala Lumpur, Malaysia. 

Pusat pameran dan konvensyen yang dibina khas ini merupakan sebahagian dari kawasan Pusat Bandar Kuala Lumpur, juga dikenali sebagai Kuala Lumpur City Centre (KLCC). Direka sebagai "bandar dalam bandar" tapak seluas 40 hektar (100-ekar) termasuk taman KLCC, pusat membeli-belah Suria KLCC dan Menara Berkembar Petronas, Galeri Petronas, Petrosains dan Aquaria.

Menara PETRONAS berdiri setinggi 452 meter. Diantara kedua menara tersebut, dibangun sebuah jembatan (Skybridge atau Jejantas Udara) yang menghubungkan kedua menara pada lantai 41 dan 42. Jembatan ini adalah tujuan kunjungan pelancong yang datang ke Menara PETRONAS dengan jumlah tiket yang terbatas.

Suria KLCC  merupakan salah satu pusat belibelah yang paling sibuk di menara berkenaan. Begitu juga terdapat Taman KLCC yang menyediakan trek joging, kolam untuk kanak-kanak sambil bersantai, air pancur simfonik dan Orkestra Filharmonik PETRONAS.

DATARAN MERDEKA


Dataran Merdeka ini diambil nama sempena pada hari yang bersejarah untuk rakyat Malaysia pada 30 Ogos 1957 tengah malam. Bendera Malaya telah dinaikkan buat pertama kalinya. Ianya seluas 8.2 hektar dan terletak di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad. Sejak dari itu semua acara kemerdekaan di sambut di sini.
Sebelum ini ianya dikenali dengan nama Padang Kelab Selangor dimana Bangunan Kelab itu terletak di gambar nombor 2 berhampiran dengannya juga terletaknya Gereja St. Mary. Disini juga terletak tiang bendera yang setinggi 100m bagi mengingati peristiwa bersejarah itu.
MENARA KL
 

Menara Kuala Lumpur mempunyai ketinggian 421 meter iaitu keempat tertinggi di dunia bagi menara telekomunikasi  sebagai mercutanda bagi Negara ini,  terletak di Jalan Puncak, Off Jalan P. Ramlee.   Satu tempat yang paling menarik dan istimewa untuk dilawati.  Tempat-tempat yang menarik terdapat di menara berkenaan ialah : 
         Observation Deck
         Seri Angkasa Revolving Restaurant
         Mega View Banquet Deck
         Shopping
         Tower Terrace
PASAR SENI

 

Pasar Seni yang dikenali selalunya sebagai Central Market  atau lebih mudah di panggil CM, ianya merupakan destinasi paling popular di Kuala Lumpur dimana pengungjung dapat mencari kraftangan dari seluruh Malaysia. Boleh dianggap juga sebagai pusat kraftangan Malaysia begitu popular kerana terletak di tengah-tengah kesibukan bandar Kuala Lumpur. 

Bangunan 2 tingkat ini terdiri kedai dan gerai kraftangan, restoran dan juga sebuah pasaraya yang baru dibuka. Ianya terletak di Jalan Benteng dan Jalan Hang Kasturi berdekatan dengan Plaza Kotaraya. Jika menaiki LRT Putra ianya bersebelahan dengan stesen Pasar Seni.
ZOO NEGARA

 
Zoo Negara adalah terletak di Ulu Klang di timur laut Kuala Lumpur. Ia ditubuhkan  tahun 1963 ditadbir oleh sebuah badan bukan Kerajaan iaitu Malaysia Zoological Society. Terdapat sekitar 4,000 jenis haiwan dari 400 spesies seperti mamalia, burung, reptilia, amfibia dan ikan.  Zoo Negara ini menonjolkan konsep zoo terbuka dengan 90% haiwan ditempatkan di kandang terbuka yang luas dengan hiasan laman bersesuaian dengan persekitaran asalnya.
 Sebenarnya ada pelbagai lagi tempat menarik yang terdapat di bandaraya Kuala Lumpur.Macam mana anda nak tahu?Try search lagi!Angah hanya memberikan serba-sedikit tentang Kuala Lumpur.
Kadang-kadang,ada juga rakyat Malaysia sendiri yang tidak pernah ke ibu negara sendiri.Jadi jom ambil peluang ini untuk melancong dalam negara sendiri! 

Post a Comment

7Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!