“Saya seorang yang serius tetapi tidak bermakna saya tidak boleh terima lawak jenaka dari seseorang. Oleh sebab itu saya sudi terima jemputan untuk menjadi salah seorang juri tetap di Maharaja Lawak Mega 2013.
“Apa yang saya dapat lihat di minggu pertama masih banyak perlu diperbaiki. Dari segi subjek yang cuba dipersembahkan oleh para pelawak rasanya tiada masalah cuma saya harap minggu kedua mereka lebih bersungguh-sungguh dan keluarkan idea-idea yang lebih menarik.
“Minggu pertama saya masih boleh beri tiga atau empat bintang kepada setiap kumpulan tetapi minggu-minggu seterusnya tiada kompromi buat kumpulan yang tidak beraksi dengan baik dan kami pihak juri terpaksa singkirkan mereka,” jelas Datuk Yusof Haslam tegas.
Dalam pada itu, Datuk Yusof Haslam tidak menolak kelebihan banyak berpihak pada kumpulan seperti Sepahtu, Shiro, Jambu dan peserta solo Nabil adalah kerana mereka sudah mempunyai peminat yang tersendiri berbanding kumpulan-kumpulan lain.
“Saya dapat lihat setiap kali kumpulan-kumpulan seperti ini muncul di atas pentas, peminat mula bertepuk sorak tanpa perlu berbuat apa-apa. Ini satu kelebihan buat mereka dan perlu digunakan dengan sebaik yang mungkin.
“Tapi apa pun mereka tidak boleh ambil mudah kerana saya lihat kumpulan lain cukup hebat juga. Apa-apa pun boleh terjadi jika mereka sambil lewa atau leka,” tambah Datuk Yusof Haslam.
sumber
Tak sabar rasanya nak tengok minggu kedua Maharaja Lawak Mega 2013!!Menarikkah untuk minggu kali ini?Adakah mereka mampu membuat juri ketawa lagi??Sama-sama kita nantikan.
best ek angah MLM kali ni, akak tak tengok pun lagi...sekali jeling2 jer...ihikss...
ReplyDeletehehehehe..tak tengok...
ReplyDelete