Sabah adalah salah satu daripada 13 negeri yang terdapat di Malaysia dan merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia selepas Sarawak yang terletak di utara pulau Borneo, iaitu pulau ketiga yang terbesar di dunia. Di sebalik status sebagai salah satu negeri di Malaysia yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, Filipina meletakkan tuntutan yang sangat aktif terhadap bahagian timur Sabah, di mana Malaysia telah menolak ia sebagai "bukan isu". Ibu negeri Sabah ialah Kota Kinabalu, yang dahulunya dikenali sebagai Jesselton. Sabah juga sering dirujuk sebagai "Negeri di Bawah Bayu" kerana kedudukan negeri tersebut yang sangat strategik di bawah laluan angin monsun.
PORING HOT SPRING
Poring Hot Spring terletak kira-kira 40 km di timur laut pusat Taman Kinabalu. Poring bagi KadazanDusun merupakan sejenis spesies pokok Buluh yang tumbuh di kawasan itu. Ia terkenal kerana kolam air panas dan jambatan gantungnya yang unik.Kolam air panas Poring dikenali kerana air panasnya mengandungi galian sulfur yang boleh menyegarkan badan. Kolam air panas semulajadi ini amat sesuai bagi menghilangkan rasa penat dan juga sakit sendi bagi mereka yang telah mendaki Gunung Kinabalu.Para pelancong juga berpeluang menikmati pemandangan yang indah apabila menyusuri jambatan gantung sepanjang 157.8 m dengan ketinggian 41 meter di atas pokok.Terdapat juga Taman Kupu-Kupu dan Pusat Pemuliharaan Orkid di sini.PengangkutanPara pelancong boleh menaiki bas awam dari Kota Kinabalu untuk ke Kolam Air Panas Poring tetapi perkhidmatan yang mereka sediakan cuma sekali dalam sehari sahaja.Cara lain untuk ke sana ialah dengan menaiki teksi dari Ranau dengan anggaran kos sebanyak RM30.00.GUNUNG KINABALU
Gunung Kinabalu terletak di dalam Taman Kinabalu yang berada sejauh 80km timur dari Kota Kinabalu.Gunung Kinabalu mempunyai ketinggian setinggi 4,095 meter daripada aras laut. Pengangkutan Para pelancong yang berada di Kota Kinabalu boleh menuju ke Taman Kinabalu dengan menaiki bas yang menuju ke Ranau, Sandakan atau Tawau. Perjalanan ini akan memakan masa selama 1 – 2 jam dengan anggaran kos sebanyak RM15 – RM20. Para pelancong juga boleh menyewa kereta di Lapangan Terbang Kota Kinabalu dengan kadar sewa yang berpatutan dan boleh dirunding bergantung kepada syarikat yang mengendalikannya.
Harga Tiket:
TAMAN KINABALU
|
PULAU SIPADAN
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pulau Sipadan ialah sebuah pulau lautan berhampiran dengan Semporna, sebuah bandar di Pantai Timur Sabah, Malaysia. Ia merupakan satu-satunya pulau samudera di Malaysia daripada batu kapur dengan ketinggian 600 meter dari paras air. Ia diwujudkan sebagai tempat perlindungan hidupan liar pada tahun 1933 dan persekitarannya yang asal telah dikekalkan sehingga kini. Pemandangan alam bawah laut Sipadan yang penuh dengan kehidupan marin seperti barracuda, penyu, ikan dan sebagainya serta birai, batu rungkupan, gua besar dan cerombong yang menegak di bawah air yang dibentuk oleh pelbagai karang menanti untuk disaksikan oleh para penyelam yang ingin menikmati tempat selam yang menyeronokkan dan tercantik di dunia.
|
wahh angah promosi sabah negeri kita..trima kasih :)..jemput datang ke sabah
ReplyDeleteSabah best untuk melancong...tapi barang-barang makanan agak mahal sikit...saya suka sabah.
ReplyDeletesalam perkenalan...
ReplyDeletejemput visit and follow me back :)
http://wwweffafarhana.blogspot.com/
Thanks angah sbb buat promo about my beloved Sabah..:)
ReplyDeleteTahniah dan terima kasih angah .. :)
ReplyDeletekecik jer pulau sipadan . tapi memang cantik ... mesti byk coral kat situ ...
ReplyDeletetaman kupu-kupu.. must be interesting kan.
ReplyDeleteala, sikitnya haha...SABAH the most beautiful in Malaysia..
ReplyDeletebanyak lagi yang best kat sabah angah..kalau kat tawau,makanannya sedap2 dan murah..memang terbaik..
ReplyDeleteSya pnh ka poring.mmg sgt best dan nyaman tmpatnya..rasa nk pg lg..nk cri buah tarap :)
ReplyDeleteDari dulu teringin nak jejak kaki ke Sabah. Mungkin nanti :)
ReplyDelete