Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pagi tadi angah dah bangun.Dan seperti kebiasaannya angah mesti akan lupa dengan apa yang mimpi setiap malam.Susah betul nak ingat benda apa yg angah mimpikan.Memang macam tu tiap hari.
Tapi,lepas bangun tadi,angah terlelap atas katil dari pukul 8.30 pagi sampailah 11.30 pagi. Dan angah masih ingat apa yang mimpikan.
"Angah mimpi,mak dgn adik beradik angah yg lain beserta angah sendiri sedang menaiki satu tren keretapi tanpa bumbung dan bercakap tentang kasih sayang.Mak angah memeluk adik-adik angah.Dalam mimpi tu,angah baru lepas mandi dan mahu makan bersama-sama dengan mereka.Kelibat ayah angah takda pulak."
"Lepas tu,masuk ke scene seterusnya,apabila angah dengan ayah angah tengah melihat akaun bank angah melalui phone."
Adakah mempunyai maksud tersirat?
Bagi angah maksudnya adalah angah betul-betul rindukan mereka.Ye lah,minggu depan dah cuti pertengahan semester.Jadi angah akan balik.Mungkin terlampau homesick??Hurm..entahlah..
Angah tak pandai sangat nak tafsir mimpi.Anda tahu nak tafsir?? :)
Sekian.
Mungkin sebab rindu. Apa pun mungkin tafsiran mimpi itu, Allah lebih mengetahuinya :)
ReplyDeleteterlalu terkenangkan mereka tu angah..siapa tak syg family..mungkin diorang tgh ingat kat angah..
ReplyDelete