Assalamualaikum dan salam sejahtera.
FACEBOOK atau Media Sosial telah membuatkan kehidupan manusia bertambah mudah.Dengan adanya kemudahan Facebook,lebih mudah untuk kita berhubung sesama rakan.Selain itu.media sosial juga membolehkan sahabat yang sudah terputus hubungan untuk berhubung semula.
Tetapi,beberapa kejadian atau kelakuan pelik manusia sudah boleh dilihat pada zaman sekarang.Media Sosial yang digunakan untuk berhubung dijadikan tempat untuk meluahkan segala-galanya.Selain itu,maksiat juga bermaharajalela.
Mari kita lihat situasi-situasi di bawah yang memungkinkan Media Sosial sebuah tempat yang 'baik'.
Situasi 1
"Saya suka post gambar di FB,Instagram,Twitter dan semua media sosial yang ada di dunia ini.Ramai yang suka tengok muka saya yang comel dan putih ni.Lagi satu,jumlah LIKE yang saya dapat untuk satu gambar tu adalah dalam ribu tau!! Saya rasa bangga sangat,tapi saya bersyukur sebab dapat semua apa yang saya nak." kata seorang perempuan yang bertudung di dalam FB.
Pandangan Angah :-
Orang yang jenis macam ni,adalah jenis yang suka publisiti murahan.Ye,apabila gambarnya banyak LIKE jadi,dia akan berasa seperti dia seorang puteri mahligai.Sedangkan ada banyak manusia yang mungkin telah mendownload gambar-gambarnya. Maksiat terus berlaku.
Situasi 2
"Saya seorang yang bertudung.Selain itu,saya juga berpurdah.Saya mungkin tidak suka untuk bersosial bersama lelaki-lelaki.Saya hanya akan keluar dengan rakan-rakan sahaja.Tetapi saya ada satu hobi,iaitu meletakkan gambar saya di FACEBOOK.Benar,gambar saya dalam Facebook hanyalah gambar saya berpurdah.Bukannya saya membuka aurat.Jadi saya rasa tak kisah dan tak peduli dengan apa yang orang nak kata." Kata seorang muslimah.
Pendapat Angah :-
Yang jenis ini pulak,adalah jenis manusia yang bagus cuma agak terpesong sedikit.Niat yang ada adalah salah. Mungkin melalui matanya yang ternampak itu membolehkan orang melihat dan mengatakannya cantik.sekaligus membuatkan maksiat hati berlaku.Walaupun dia tidak tahu.
Situasi 3
"Saya tak suka bila ada orang yang entah tiba-tiba TAG saya masuk dalam sesuatu post secara tiba-tiba.Lepas tu,dia menyuruh saya untuk LIKE gambar pulak.Ingat saya ni apa? Anoyying la semua ni!! Serius,kalau lepas ni ada lagi Friend saya yang TAG macam tu.terus saya BLOCK dan UNFRIEND." jelas seorang lelaki.
Pendapat angah :-
Masalah sebegini angah telah hadapi.Ada beberapa manusia yang suka membuat sebegini.Kalau sekali tak apa la.Inikan pula,setiap kali post,mahunya untuk di TAG kita.Tidakkah ia merosakkan mood seharian??
Situasi 4
"Memang gambar saya banyak dalam Facebook. Ada gambar saya dengan boyfriend saya, ada gambar saya dengan kawan-kawan saya.Tapi memang banyak gambar saya yang saya suka. Terlampau terdedah?? Biarlah,dah hidup saya macam ni.Lagipun parents saya tak kata apa-apa pun.Jadi saya buat je lah.Kalau awak tak suka,tak payah Friend dengan saya.Tak payah tengok. " jelas seorang remaja perempuan bawah umur.
Pendapat Angah :-
Orang sebegini sepatutnya tidak diberikan kebenaran untuk membuat akaun Facebook.Kerana apa? Kerana dia dibawah umur dan sudah mempunyai boyfriend?? Bagus betul cara ibu dan bapanya mengajar anaknya.Mungkin kurang kasih sayang daripada ibu bapa barangkali? Apa-apa pun perangai sebegini lebih ketara sejak akhir-akhir ini.
Kesimpulannya :-
Sebagai seorang yang sudah mampu berfikir sendiri,rasanya kita sepatutnya sudah pandai untuk membezakan yang mana yang buruk dan yang mana yang baik.Selagi kita mampu untuk hidup berteraskan ajaran Islam selagi itu,kita tidak akan terpesong.Gunakanlah apa yang kita ada sekarang ini untuk sesuatu yang membawa ke arah kebaikan.
Sekian.
Bagaimana pula dengan pendapat anda??
yg penting kena berwaspada dan jgn terlalu taksub...takut memakan diri...
ReplyDeleteitulah yang terpenting..sentiasa berjaga2..
Deletenice post btw. depends pada sesetengah orang lah kan, ada yang mcm ni, ada yang macam tu.
ReplyDeletep/s: kat fb farah dah block 21 orang. haha xD
betul2..depends terhadap pandangan masing2... ramainya anda block?
Deletesekarang nie dah mcm2 kes berlaku..semua brgantung pada pemikiran diri sndiri.klu baik hala tujunya ok la tpi sebaliknya.
ReplyDeleteitulah yang terbaik..
Deletebetul2. fb gua dah block 1 orang baru
ReplyDeleteye ke? hehe :D jom kita memblock orang..
Deletemaedia sosial ni ada baik ada buruk..guna yg baik dan hati2 dgn yg buruk..:)
ReplyDeletetepat sekali.
Deletex pandai guna bahana ler jadinyer..
ReplyDeleteslalu melekat bahana ler jadinya..
guna dengan cermat :)
betul2..guna dengan cermat biar selamat..
DeleteBetul. Jangan terlalu asyik dengan media sosial.
ReplyDeleteitulah..sampaikan segala benda lain terabai..
DeleteSebenarnya media sosial ni bahaya, terutamanya Facebook itu sendiri. Kalau kita ada delete sesuatu gambar, sebenarnya gambar itu masih ada cuma kita yang tak tahu ia masih ada...bagi yang tak faham, anda masih banyak perlu belajar...
ReplyDeleteSangat bahaya.
Deletekena berhati2 bila menggunakan laman sosial..
ReplyDeletePernah kena camni gak.. ada seorang kawan tuh boleh dikatakan setiap gambar dia nak tag saya sampai bila orang stalk saya, ingatkan itu gambar saya xD
ReplyDeletesuka pendapat situasi 2 tuu.. :)
ReplyDeletebaru berkesempatan nak singgah sini...
selamat malam...moga dimurahkan rezekii.. aamiiiin..
jemput singgah blog amal