Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pertama :-
Kawan yang datang ketika gembira dan senang sangat banyak.Sampaikan kadang-kadang kawan yang kita tak kenal pun datang menghampiri kita.Kononnya nak berkongsi kegembiraan.
Bila datang time kita dalam kesusahan,yang datang membantu hanyalah sekerat dua.Boleh pulak lari apabila tahu kita dalam kesusahan.Itulah kawan biasa.
Kedua :-
Kawan yang berada sekeliling mungkin semuanya adalah baik-baik belaka ketika kali pertama kita berkenalan.Tetpi apabila sudah lama berkenalan,kita sudah mengenali kelakuan mereka.Pilihlah yang betul.
Salah pilih kawan,bermakna anda sudah memperjudikan masa depan.Contohnya,seorang yang baik dan rajin mampu bertukar menjadi jahat dan malas kerana pengaruh rakan sebaya.
Ketiga :-
Sahabat di dunia media sosial.Sahabat yang kita langsung tidak pernah berjumpa di dalam dunia nyata. Yang kita tahu hanyalah sedikit tentang biodatanya.Janganlah terus berkawan secara rapat.Mungkin ada ramai yang baik dan ada yang benar-benar jujur mahu berkawan.
Tetapu mungkin juga ada yang berniat jahat atau sekadar menggunakan akaun palsu,semata-mata untuk memerangkap mangsa yang baru.
Kawan,sahabat,teman.Pilihlah yang terbaik.
Saya perlukan sponsor topup. Tolong saya please. :)
ReplyDeletehttp://anemsmartlittlegirl.blogspot.com/
Oh, sahabat...
ReplyDeleteBukan senang nak cari kawan yang bergelar sahabat yang benar memahami kita.
ReplyDeleteSahabat dunia sahabat akhirat, itu yg terbaik :)
ReplyDeletebff
ReplyDelete