Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Masih Ingatkah Anda Pada Hari Pertama Anda Ke Sekolah??
Kalau angah,angah rasanya tak ingat macam mana angah ke sekolah time darjah satu.Angah darjah satu time tahun 2002.Jadi memang angah tak ingat sebab lama sangat,korang pun sama jugak kan?? Hehe. Sekolah rendah angah ada TIGA sekolah.
Sekolah Kebangsaan Sultan Idris II,Kuala Kangsar,Perak (2002-2003)
Sekolah Kebangsaan Beruas ,Beruas, Perak (2003-2006)
Sekolah Kebangsaan Sungai Karangan,Kedah (2006-2007)
Mesti anda pelik kan,kenapa ada tiga sekolah?? Memandangkan ayah angah adalah seorang pegawai polis,jadi memang sudah menjadi lumrah apabila polis berpindah randah.Hehe.Jadi angah pun bersekolah di tiga tempat dan dua negeri.
Macam Mana Pulak Dengan Sekolah Menengah??
Kalau sekolah menengah rasanya,angah masih ingat lagi.Hari pertama angah masuk sekolah adalah pada tarikh 8 Januari 2008. Bukan setakat masuk sekolah je,angah masuk asrama pun hari yg sama jugak.First time berjauhan dengan family. Tapi sebenarnya taklah jauh mana pun,dekat je.
Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin,Bukit Mertajam,Pulau Pinang. (2008-2012)
Sebuah sekolah yang mempunyai nama yg panjang.Angah rasa sekolah yang ni paling best.Sebab apa?? Angah bersekolah disitu selama 5 tahun,sebab sekolah asrama penuh kan?? Haha..
Apa yang best?? Kalau angah tak masuk sekolah tu,rasanya angah takkan berada di tempat yang angah berada sekarang.Walaupun nama sekolah tu SEKOLAH SAINS,tapi daripada sekolah tu jugak angah mula meminati bidang Muzik.
Angah aktif dengan Pancaragam kat sekolah tu dari form 1 sampai form 5. Dan akhirnya angah memilih untuk meneruskan pengajian muzik.Walaupun dekat sekolah tu subjek Muzik ditawarkan hanya kepada pelajar tingkatan 1 hingga 3 sahaja.
Kenangan Paling Best Masa Di Sekolah??
Kenangan paling best angah adalah ketika dapat result UPSR/PMR dan juga menang Pingat Emas utk Festival Wind Orchestra.
Alhamdulillah time angah darjah 6,angah telah mendapat keputusan 5A dalam UPSR,dan anagh telah ditawarkan ke sebuah sekolah berasrama penuh.Angah rasa best sangat sebab time tu angah dapat tengok muka parents angah yang bangga.Termasuk Mak Ngah angah yang memberitahu satu kampung tentang result angah. Hehe..
Kemudian pada tahun 2010,result PMR dikeluarkan di dewan sekolah.Ramai yang mendapat keputusan 8A,tapi time kami kat dalam DEWAN BESAR SEKOLAH tu,nama angah langsung tak disebut. Angah boleh tengok wajah parents angah yg sedih.Angah rasa sedih sangat.Mungkin bukan rezeki angah.Tapi bila angah nak amik result dekat guru kelas,result angah takda. RUPANYA...result angah kena tahan dekat PEJABAT SEKOLAH sebab angah tak bayar yuran sebanyak RM20.Bila angah tengok result tu,angah happy sangat sebab angah dapat 8A... sekali lagi angah dapat tengok wajah parents angah dalam kegembiraan.
Pada tahun 2010/2011/2012..Tun Syed Band telah mendapat EMAS utk ketiga-tiga tahun sekaligus. Pada tahun 2010,kami balaik awal,jadi result hanya kami terima apabila sampai di sekolah.Alhamdulillah masing-masing menangis kegembiraan di bilik Muzik apabila dapat berita EMAS tersebut.
Pada tahun-tahun yang berikutnya,kami berjaya kekalkan EMAS dan gembira sangat.Tahun 2012,tahun terakhir angah bersama Tun Syed Band,angah dan rakan form 5 yang lain berjaya menggondol EMAS walaupun tahun itu,kami mempunyai masalah yang besar iaitu tiada GURU MUZIK.Hehehe..
Bagaimana Pula Dengan Anda??
Jom kongsikan dengan angah kisah pengalaman anda di sekolah!!
Menariknya kenangan manis. ..Sbg ibubapa bila lihat anak berjaya dlm peperiksaan memang terasa puas dan sangat bersyukur. Kalau zaman pcl dulu...pcl adalah harapan sekolah dlm sepaktakraw dan olahraga. Semuanya kerana tinggal di asrama boleh aktif bersukan dan belajar macam2 lagi, kalau nak jadi baik kena kawan dgn budak baik...haa mcm tulah.
ReplyDeleteBetul2..kalau nak jadi baik kena kawan dengan budak baik..kalau nak jadi jahat..sebaliknya pulak :D
Deletefae pernah tinggal di asrama mase study kat uni hehe
ReplyDeletekat university pun menarik jugak kan ceritanya :D
DeleteDarjah satu tak ingat lakenangan tu. Tp selepas tu insyaAllah kenangan manis.Yang pahit semua jadi manis.. jadi macam bahan lawak je bila dah tua ni.. Alhamdulillah dah jadi orang sekaran :)
ReplyDeletesapa yg masih ingat time darjah satu..memang terbaik :D hehe..
Deletewah..pengalaman menarik..akak tinggal di asrama juga tapi di sekolah biasa jer..akak ketua kebersihan aspuri merangkap orang kedua tertinggi selepas ketua aspuri..
ReplyDeletewah..akak hebat la kan..mesti hot time dulu2 hehe...
Deletepenat adalah...diri sendiri tak terurus..
DeleteTak ingat sangat waktu darjah satu tp waktu tingkatan satu, IM pun first time masuk asrama. Bukan senanglah tp lama-lama dapat sesuaikan diri :)
ReplyDeletetu la...first time masuk..memang rasa takut,risau..tapi akhirnya dapat juga sesuaikan diri..
Deletekita first time rasa tinggal d asrama masa form 4 & 5..kita pindah ke sklh teknik..
ReplyDelete