Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Nikmatkah Maksiat??
Pada zaman sekarang ni,senang nak jumpa atau nak tengok maksiat.Ada yang boleh kita jumpa di depan mata kita sendiri.Dan ada yang kita nampak melalui kacamata televisyen dan lain-lain.
Nikmat ke maksiat itu?? Kadang-kadang angah terfikir apa yang best sangat apabila melakukan maksiat.Adakah ianya sesuatu yang seronok? Adakah ianya sesuatu yang bagus?
Firman ALLAH yang bermaksud: "Pada hari lidah mereka dan tangan mereka serta kaki mereka menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, tentang segala yang mereka lakukan." (Surah An-Nur : 22)
"Pada waktu itu Kami tutup mulut mereka dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing) dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan." (Surah Yasin : 65)
"Sehingga apabila mereka sampai ke neraka, (maka) pendengaran, penglihatan serta kulit-kulit badan mereka menjadi saksi terhadap mereka, mengenai apa yang mereka telah kerjakan." (Surah Fussilat : 20)
Tiga ayat diatas menerangkan tentang tubuh badan manusia itu sendiri yang akan menjadi saksi kepada tuan mereka sendiri.Tubuh badan itu sendiri akan menjadi saksi perbuatan tuannya sewaktu di dunia.
7 Anggota Yang Perlu Dijaga Dari Maksiat
Imam al-Ghazali menasihatkan kita untuk memelihara tujuh anggota daripada melakukan maksiat kepada ALLAH. Tujuh anggota tersebut ialah lidah, mata, telinga, tangan, kaki, perut dan faraj.
Lidah :-
Peliharalah lidah daripada berbohong,mengumpat,menfitnah,mungkir janji,mencaci maki.
Mata :-
Jagalah mata daripada melihat video atau gambar yang menaikkan nafsu syahwat,mengintai seseorang,dan sebagainya
Telinga :-
Membiasakan diri dengan mendengar perkara-perkara kebaikan,nasihat dan pelajaran yang berguna.Janganlah mendengar perkara-perkara yang berunsurkan maksiat.
Tangan :-
Jagalah tangan daripada melakukan kecurian,membuat sesuatu yang lucah,tidak elok dan sebagainya.Jadikanlah tangan itu sebagai sesuatu yang baik seperti memberi pertolongan kepada orang lain.
Kaki :-
Gunakanlah kaki anda untuk ke tempat-tempat yang elok dan terbaik seperti masjid.Elakkan daripada ke tempat-tempat yang mendatangkan maksiat seperti disko dan kelab hiburan.
Perut :-
Jagalah penjagaan perut anda.Kerana perut merupakan tempat sumber penyakit.Setiap apa yang masuk akan menjadi darah daging kita sendiri.
Faraj :-
Jagalah faraj daripada perkara yang mendatangkan perkara yang haram.
Firman ALLAH SWT yang bermaksud: "Dan mereka yang menjaga kehormatannya, kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela." (Surah Al-Mukminun : 5-6)
Kesimpulannya :-
Apabila kita menjaga kesemuanya,in shaa Allah kita akan terhindar daripada melakukan maksiat.Ye,memang kita adalah manusia dan manusia tidak akan lari daripada melakukan kesilapan.Tapi takkan sepanjang masa kita hanya nak melakukan kesilapan??Cuba kita perbaiki diri dengan lebih baik.
nikmat sementara,
ReplyDeleteazab selamanya.
betul2 :D
Deletemuhasabah diri..
ReplyDelete:D
DeleteIn Syaa Allah... nikmat maksiat mana x syok... tapi sekejap...
ReplyDeletetu yang xpuas2... sampai lupa azab kekal menanti di Neraka...
Naudzubillahiminzalik....
:D
DeletePeringatan. Terima kasih share Angah.
ReplyDelete