Zoo Taiping #VMY2014

Aerill Hassan
9


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Zoo Taiping mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Ia terletak di dalam kawasan semulajadi di Taman Tasik Taiping berhampiran kaki Bukit Larut (Maxwell Hill) Keindahan alam semulajadi yang menarik seperti aliran anak sungai, tasik, dan kehijauan flora menambahkan lagi keunikan Zoo Taiping dalam mempamerkan suasana semulajadi.
Taman Mergastua Sultan Idris Shah atau lebih dikenali sebagai Zoo Taiping merupakan satu-satunya zoo yang terletak di sebelah utara Semenanjung Malaysia. Dengan kawasan zoo seluas 34 ekar ini, Zoo Taiping telah memulakan satu pembaharuan dengan memperkenalkan pameran haiwan dengan menggunakan konsep terbuka. Ia diperkenalkan dengan mengambilkira habitat asal haiwan tersebut. Pengunjung turut tertarik dengan keindahan alam semulajadi yang dipamerkan dengan pembinaan kandang yang sesuai.
Zoo Taiping merupakan habitat kepada 1300 ekor binatang yang terdiri daripada 180 spesis. Binatang- binatang tersebut terdiri daripada Harimau, Singa, Gajah, Badak Air, Zirafah, Enggang, Orang Utan dan lain lain lagi. Tambahan pula, usaha- usaha pembiakan hidupan liar ini telah terbukti berjaya. Antara hidupan liar yang berjaya dibiakan adalah seperti Harimau Belang, Singa, Siamang, Rusa, Nilgai, Burung Kuak dan banyak lagi. 
 OBJEKTIF ZOO TAIPING

Rekreasi 
Para pelawat berpeluang untuk melihat hidupan liar yang dipamerkan dalam suasana semulajadi sambil berehat dan bersuka-ria.
Pembelajaran 
Peluang yang menarik untuk mempelajari tentang hidupan liar disamping menghargai alam semulajadi. 
 Konservasi 
Ini merupakan peranan yang penting. Pemeliharan Ex-situ dilaksanakan seiring dengan pemeliharaan In-situ.
Kajian
Melalui kajian yang dijalankan, kita akan dapat mempelajari perkara baru mengenai hidupan liar. Profesional dan amatur juga boleh menjalankan kajian hidupan liar yang terdapat di zoo ini.
Night Safari Taiping


Night Safari Taiping Night Safari Taiping merupakan yang pertama di Malaysia. Keindahan dan keaslian alam semulajadi semakin indah apabila dibayangi cahaya di waktu malam. Dalam usaha untuk mengekalkan sumber-sumber alam semulajadi. Night Safari Taiping mempamerkan hidupan-hidupan liar yang aktif pada waktu malam dalam suasana semulajadi. Ini memberi peluang kepada pelawat untuk menghayati dan menghargai khazanah alam semulajadi sambil berhibur serta menenangkan fikiran.

Hayati Night Safari
Night Safari Taiping adalah satu produk pelancongan unik yang mempamerkan haiwan-haiwan yang aktif pada waktu malam dengan menggunakan lampu-lampu khas yang seakan-akan cahaya bulan. Pengunjung dapat menghayati sepenuhnya pengalaman in, pengunjung dikehendaki meminimakan bunyi-bunyi atau suara supaya dapat mendengar bunyi-bunyi haiwan inin serta tidak mengganggu ketenteraman di Night Safari. Pengunjung dilarang membawa lampu suluh dan kamera berflash di Night Safari kerana inin akan mengganggu haiwan yang dipamerkan.
Info Lanjut :-
http://www.zootaiping.gov.my/
http://www.zootaiping.gov.my/nitesafari/bm/main.htm 

Sumber :-

http://www.zootaiping.gov.my/
Google Image

Post a Comment

9Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!