Asrama Puteri Terbakar : Mayat Hangus Terbakar

Aerill Hassan
7

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.
Mungkin sebahagian daripada kita tidak pernah mendengar mengenai kisah duka yang berlaku pada 22 September 1989 ini bukan?
Oleh itu Astro telah mengambil kesempatan untuk menayangkan telefilem hebat ‘Pondok Pak Ya’ arahan Wan Hasliza pada Februari ini.Telefilem tersebut adalah berdasarkan kisah benar peristiwa yang telah meragut nyawa 27 pelajar perempuan dan sekaligus telah memusnahkan blok Asrama Puteri.
Menariknya, telefilem ini turut memuatkan beberapa fakta mengenai peristiwa tersebut antaranya ialah kebakaran berlaku dengan cepat, mayat yang dijumpai kebanyakannya sudah hangus terbakar dan sukar untuk dikenali serta mangsa yang terselamat masih lagi trauma walaupun sudah lebih 20 tahun kejadian tersebut berlaku.
Selain itu, anak saudara kepada salah seorang mangsa kejadian turut berlakon dalam telefilem  tersebut dengan membawa watak sebagai ibu saudaranya.
‘Pondok Pak Ya’ telah mula ditayangkan di Astro Box Office Tayangan Hebat bermula Februari.
Sumber 
 
 :- Angah dah tengok dah cerita ini.Mula-mula rasa macam susahnya kehidupan zaman dulu,dengan susahnya perhubungan antara asrama itu sendiri dengan pihak bomba.Pastu boleh tengok bagaimana kejadian itu terjadi. Kemudian angah rasa sedih,bila melihat babak ibubapa menangis apabila dimaklumkan bahawa anak mereka sudah tiada.
Memang terbaik dan mampu menyentuh hati,telemovie yang menarik. 

Post a Comment

7Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!