Catatan Untuk Mak

Aerill Hassan
11

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Kadang-kadang angah terfikir,bila dah lama sangat angah tak call mak angah,adakah mak angah akan sedih??Angah terbayang wajah mak angah yang sedang menangis menunggu anaknya pulang ke rumah.Angah takut suatu hari nanti,mak angah tunggu angah balik,tapi angah dah tak balik-balik..
Angah risau nanti kalau-kalau angah akan lupakan mak angah sebagaimana si tanggang,angah risau kalau lepas angah dah kahwin nanti,angah akan lebihkan isteri tanpa melihat kepada mak sendiri.Macam mana perasaan mak ketika itu?? 



Masih teringat lagi,ketika mak siap-siapkan angah untuk ke tadika dengan sekolah rendah.Ketika itu,mak masih muda.Mak siapkan pakaian angah,pastu hantar angah ke van.Bila angah balik rumah,mak sambut angah dengan muka gembira.Tanya apa yang angah belajar hari itu.
Tapi sekarang mak dah semakin tua.Sekarang mak dah tak payah siapkan angah,sebab angah sendiri dah boleh berdikari,tetapi secara jujurnya angah nak mak tahu,yang angah rindu semua tu. 


Angah rindu nak berada dalam pelukan mak.Rasa kasih sayang seorang ibu.Bila angah masuk sekolah menengah,angah terpaksa tinggal di asrama.Kebanyakan hari-hari yang angah lalui tanpa mak.Angah hanya call mak bila angah rasa angah nak call. Ketika itu,angah dah rasa yang mak mesti akan rindu angah
Kalau time hari sabtu atau ahad,bila mak datang,mak akan tanya macam2 tentang angah,angah dah makan ke belum.Minggu ni buat apa. Semua mak tanya.Dan yang paling angah terharu bila mak beli macam-macam untuk anak lelaki mak ni.Angah rindu mak.Angah rindu mak.


Bila angah masuk universiti,angah semakin jauh dengan mak.Angah semakin sibuk dengan pembelajaran sampaikan kadang-kadang angah lupakan mak.Tapi angah tau yang mak tak pernah lupakan angah.Angah tahu bukan abah sorang je yang cari rezeki,mak pun sama juga.Setiap hari mak menjahit baju untuk cari duit nak bagi kepada anak-anaknya.
Masih angah ingat ketika raya suatu masa dahulu.Mak sangat sibuk siapkan baju raya orang lain.Sampaikan baju raya angah mak hanya mampu siapkan pada pagi raya.Mak akan pastikan anak-anaknya memakai baju raya baru.Biarlah kalau mak sendiri pun tak pakai baju raya.
Apa yang angah boleh cakapkan adalah angah sentiasa doakan mak,semoga mak sihat sentiasa.Angah tahu setiap hari mak akan doakan angah.Angah cuma kesian dekat mak sebab kena berkerja lagi sedangkan anak dah besar.Angah harap mak boleh bersabar untuk tunggu angah mendapat pekerjaan.In sha Allah angah akan berikan gaji angah kepada mak dan abah. 
 Angah sayang mak!!

 Sekian.

*Entry ini angah buat dengan penuh rasa sedih dan rindu pada mak angah,Noriah Binti Halim.

Post a Comment

11Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. bila terkenang kembali perjalanan kita dan ibu kita pasti kita akan terasa sayu dan tanpa sedar air mata kita menitis walaupun ibu kita masih hidup...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sangka..time angah buat entry ini,angah pun turut menangis. :)

      Delete
  2. Assalammualaikum.. sedihnya bila baca.. itu lah pengorbanan seorang ibu.. Anak lelaki wajib syg ibu walaupun sudah berumah tangga kerana syurganya ada pada seorang ibu.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.. memang,sedih...tiap kali angah nak baca,tentu sedih..

      Delete
  3. Assalamualaikum dan salam singgah petang di sini Angah..kata2 yang menyentuh perasaan untuk seorang yang bergelar Emak dari seorg anak...

    ReplyDelete
  4. sedihnya ngah, bergenang air mata mama membaca entri ini....

    ReplyDelete
  5. Sedihnya....itulah mak...sampai ke tua kite dapat merasakan kehangatan pelukan mak...

    ReplyDelete
  6. Rindu kat mak akak bila baca entri ni.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!