“Saya akui rasa cemburu apabila melihat gambar ‘mesra’ kekasih saya dengan pelakon Sharnaaz Ahmad, tetapi saya faham itu cuma lakonan semata-mata.
“Sungguhpun begitu, saya sebenarnya sedang belajar menerima ‘keadaan’ itu…Walaupun sebelum ini pernah berlaku salah faham dan semuanya telah selesai, saya masih lagi rasa kurang selesa hingga ke hari ini,” kata Qi Razali ketika ditemui baru-baru ini.
Bagaimanapun menurut pengacara Art Attack itu, dia tidak sepatutnya berasa cemburu kerana turut berada dalam bidang sama dengan kekasihnya Nelydia Senrose.
“Saya tak ada masalah melihat foto-foto tersebut yang masih dimuatnaik sehingga ke hari ini kerana faham itu mungkin strategi untuk mempromosi drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta yang sedang hangat ditayangkan di Astro sekarang.
Sebelum ini, pelakon Friday I’m In Love itu pernah berselisih faham dengan Sharnaaz Ahmad gara-gara gambar mesra dengan kekasihnya Nelydia.
Namun, perkara itu sudah diselesaikan dengan baik.
“Masa kes yang pertama dulu, saya mengaku terlalu cepat melenting sebab itu timbul salah faham…Tetapi saya ada menghubungi Sharnaaz dan memohon maaf kepadanya.“Lagipun dulu masa gambar itu dihantar oleh kawan-kawan, saya tengah sakit belakang…Dengan rasa sakit dan terkejut memang menganggu emosi, terus saya twit apa yang saya rasa ketika itu,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Previu dan Sidang MediaSelebriti Materniti: Yasmin Hani di TGV One Utama.
Menjawab mengenai hubungan dia dan Nelydia, Qi berkata hubungan mereka seperti biasa dan mereka masih lagi dalam proses untuk lebih mengenali antara satu sama lain. Sumber
Pendapat angah :-
Susah menjadi artis,apabila segala kisah peribadi akan diceritakan orang.Malah kerjaya sebagai wartawan dilihat seperti pekerjaan yang membogelkan artis itu sendiri.
Memang wartawan artis antara aspek yg memberi populariti kpd artis. Tp jadilah wartawan yg berhemah :)
ReplyDeletekalau dah kahwin nampaknya nelydia kena bersara ni..huhu..
ReplyDelete