Terbuka.
Lalu di deretan gerai yang menjual kuih-muih,pasti kedai yang meletakkan kuih-muih di dalam bekas tertutup sahaja yang akan menjadi pilihan ramai.Dalam fikiran pembeli,makanan yang terdedah dan terbuka pasti tidak bersih dan telah dihinggapi debu atau lalat.
Mempunyai sesuatu yang menarik ada kalanya akan menimbulkan satu perasaan ingin diketahui umum.Biarlah orang lain dapat melihat dan mengetahuinya dan sudah pasti akan mendapat pujian.Secara tidak sedar,ia turut membuka sifat riyak dan takkabur dalam diri orang tersebut.
Maksud ayat 6 surah al-Ma'un merakamkan bahawa antara orang yang mendustakan agama ialah orang yang berkeadaan riyak (Menunjuk-nujuk dalam ibadah dan bawaannya.)
Menjadikan sesuatu itu sebagai tatapan umum dan terbuka sebenarnya membuka ruang kepada orang yang hasad dan dengki untuk menghancurkannya.Jangan biarkan ia terbuka,kelak akan membuka mudarat kepada diri sendiri.
Tertutup
Hadiah yang dibalut dengan kemas dan sempurna pasti dapat menarik perhatian orang ramai untuk mendapatkannya.Biarpun tidak mengetahui apa isi yang ada di sebalik kotak tertutup itu,ia tampak sangat istimewa hanya kerana ia tertutup rapi.
Sesuatu yang tertutup itu pasti ada sesuatu yang ingin disembunyikan dan dilindungi.Tidak semestinya ia menyembunyikan sebarang kecacatan,tetapi ia mahu dilindungi daripada dipandang oleh orang ramai.Ia sesuatu yang berharga mungkin.
Tutup dan jagalah barang berharga kita dengan sebaiknya.Tertutup itu bukan memalukan,tetapi tanda kita mempunyai rasa malu dan bukankah malu itu tanda orang yang beriman dan cabang daripada keimanan.
Daripada Abi Mas'ud,Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud :-
"Apabila engkau tiada sifat malu,maka lakukanlah apa-apa sahaja yang engkau mahu."
(Riwayat Al Bukhari)
Apa yang penting di sini,satu pesanan khas buat wanita Muslimah,tutuplah aurat,semoga pintu syurga terbuka buat kita.
Sekian
Yang tertutup itu lebih menarik kan? :)
ReplyDeleteinsyallah itu la yg terbaik
ReplyDeletemenutup aurat dgn sempurna..moga sama2 kita saling mengingati
ReplyDeleteSertai Segmen Jom Beramah Mesra
Sambil berkenal-kenalan, peserta bakal memenangi hadiah bertuah. Jom meriahkan bersama! Jemput join :)
mama nak tertutup... takut di azab aurat yang terbuka di akhirat kelak.. Allah..
ReplyDeletetertutup itu indah :)
ReplyDeletehmm...pilihan di tangan masing²,tapi buat pilihan terbaik dan menjanjikan kebaikan di dunia yang kekal abadi..
ReplyDelete