Bidang Muzik : Satu Kesalahan Besar??

Aerill Hassan
2


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Sebenarnya angah nak cerita la jugak,kenapa angah betul-betul minat dalam bidang muzik ni. Ya,memang kebanyakan orang melarang angah untuk terus melangkah ke dalam bidang yang dikatakan HARAM ini.
Masih ingat lagi tentang entry-entry sebelum ini,ada beberapa pandangan daripada rakan-rakan blogger,yang menyatakan supaya bidang muzik ini sepatutnya angah jadikan sebagai hobi sahaja. Ada juga yang mengatakan bahawa bidang ini,tidak memberi manfaat langsung kepada sesiapa pun.

Macam mana angah boleh minat muzik??

Angah akui,tiada langsung sedara mara mahupun keluarga terdekat yang meneruskan pengajian dalam bidang muzik. Jadi sudah semestinya bukan daripada pengaruh keluarga. Ceritanya bermula ketika angah di tingkatan 1,angah dapat kelas Muzik. Dari situ,angah belajar dan tahu tentang Pancaragam. Selama 5 tahun angah di sekolah menengah,angah sangat aktif dalam pancaragam.
Ketika angah di sekolah rendah,angah langsung tak minat muzik.Angah masuk pertandingan bersajak,lepas tu menang tempat pertama,angah dapat hadiah Recorder. Tapi angah tak main pun alat muzik tu. Bila time kelas muzik,angah dengan kawan angah main-main je kat belakang kelas.
Jadi,jelaslah disini bermulanya minat angah dalam bidang muzik sejak tingkatan 1 lagi.
Kenapa angah boleh minat muzik? Apa yang bestnya??

Sebabnya ialah,angah suka perasaan bila dapat bermain alat muzik.Bila kita dapat memainkan sesuatu lagu dengan jayanya. Sebab apa? Sebab sebelum kita dapat bermain muzik dengan bagus,sudah semestinya kita akan berlatih secukupnya. Angah paling suka bila part berlatih. Kita dapat tengok macam mana prestasi kita,daripada bermain lagu tak sedap,sehingga menjadi sedap di dengar.
Lagi satu,angah dulu adalah ahli orchestra,jadi angah suka bila satu kumpulan ramai dalam 60-70 orang bermain alat muzik berlainan dan dalam waktu yang sama menghasilkan bunyi dan lagu yang sangat merdu.
Sekarang pula,angah masih dalam orchestra,tapi di dalam tahap yang lebih tinggi.Apa yang angah dapat belajar adalah,bila bunyi tu betul-betul dah bersatu dan dalam laras yang betul,sudah semestinya lagu yang dihasilkan akan menjadi betul-betul mendayu.

Kenapa tak pilih bidang lain??
Sebenarnya time selepas SPM,angah ada dapat tawaran ke Kolej Matrikulasi Pahang dalam jurusan sains.Tapi setelah berfikir,angah rasa angah nak mencuba dalam bidang muzik. Angah tak rasa bidang muzik adalah sesenang yang orang lain anggap,tapi mungkin dengan kelebihan yang angah ada iaitu seorang student muzik di sekolah menengah,telah menjadikan ianya sebagai satu batu loncatan untuk angah  lebih giat dalam bidang muzik.
Selain itu,angah nak cabar diri angah untuk lebih maju dalam apa jua bidang yang angah lalui.Bila ada cabaran barulah kita akan tahu bahawa ianya adalah benar-benar sesuai dengan kita atau tidak.
Ada tentangan dari orang lain??


Itu sudah semestinya. Tentangan dan larangan daripada orang yang angah sayang iaitu IBU BAPA angah sendiri ,Cikgu-cikgu sekolah rendah,rakan-rakan serta rakan-rakan blogger. Tapi selepas angah terangkan dekat mak dan ayah angah,akhirnya mereka restui juga. 
Angah berikan contoh senior2 angah yang sambung bidang muzik. Mereka sudah berjaya.Angah nak jadi seperti mereka,dan kalau boleh,angah nak jadi lebih berjaya daripada mereka. In shaa Allah.

Apa yang angah nak tegaskan di sini,bidang Muzik ini bukannya HARAM. Apa yang menjadikan sesuatu itu Haram adalah apabila ia melalaikan dan menyebabkan kita tinggalkan suruhan Allah S.W.T.Sama juga dengan bidang-bidang lain,contohnya bidang perubatan,kalau melalaikan juga,ia menjadi Haram juga. Apa yang angah nak katakan disini,Muzik juga adalah satu cabang ilmu. Tak salah kalau kita nak mencari ilmu.
Apa yang penting adalah Iman. Iman dalam diri kenalah kuat. Selain itu,diri sendiri adalah penting,sebab kerana diri jugalah seseorang akan terpesong dan kerana diri juga seseorang akan berjaya. Selagi kita mampu menjaga diri dan batas-batas pergaulan,in shaa Allah sesuat yang kita buat itu,pasti akan di redhai Allah S.W.T.
Sekian. 
Untuk pengetahun semua,sekarang angah sedang menyambung pengajian di UiTM Shah Alam,Diploma Seni Muzik. Sekarang di semester 2 dan akan masuk ke semester 3 pada bulan 6 nanti. Alhamdulillah,result semester 1 angah cemerlang. :D

Post a Comment

2Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Sama la minat bidang muzik tapi takde rezeki nak sambung belajar dalam bidang ni. :)

    ReplyDelete
  2. oh,,so kiranya tak haramlah kalau tak melalaikan kita? baru faham..thanks atas perkongsian :)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!