Assalamualaikum dan salam sejahtera.
"Blogging ni buang masa je tau,buat benda lain,lagi berfaedah,lagi bagus."
"Apa yang kau dapat bila berblogging ni? Macam takde apa pun!. "
Di atas adalah antara ayat-ayat daripada seseorang yang buta atau tidak tahu langsung tentang kemeriahan dunia blogging. Ianya seperti seekor lembu yang bercakap tentang hal-hal manusia. Semuanya serba tak kena,bila difikirkan balik,hanya mereka yang benar-benar di dalam dunia blogging sahaja yang tahu akan tahap keseronokkan blogging.
Macam angah sendiri,alhamdulillah,setakat ini angah cukup bersyukur bila dapat masuk ke dalam dunia yang penuh warna warni ini.Walaupun kadang kala ada naik dan turun nya nafsu untuk blogging dan update entry,bagi angah ianya tetap menarik.
Yang paling menarik bagi angah adalah tentunya bila kita dapat berkenal-kenalan dengan blogger lain. Ye,bila kita dah berkenal-kenalan barulah blog kita akan dikunjungi orang.Bila blog dah ada pengunjung setia bermakna anda sudah boleh dikatakan berjaya.
Selain itu,bagi angah sendiri,menjadi seorang blogger bukannya mudah. Bukannya setakat ada blog,kemudian update blog. Semestinya bila dah menjadi blogger,apa yang kita perlu tahu adalah tujuan kita ada blog. Kalau setakat untuk diri sendiri sahaja,memang dibolehkan.Tetapi kalau untuk tontonan umum,sememangnya kena belajar jugak cara-cara nak share dan berkongsi maklumat dengan orang lain
Sekian.
Rase2 nye tiap org yg buat blog ni ade matlamat tersendiri. Yg pnting tak menyakiti hati sape2. :)
ReplyDeletehurm..blogging ni slain dpt berkenal-kenalan dgn rkn bru, dptlh jgk memantapkan penulisan kita. Tapi kena control jugak main2 blog ni..tkut ketagih, huhu..mcm aisyah lar..dh ter'addict dgn main blog
ReplyDeleteNice sharing
ReplyDeleteWalaupun ada banyak laman sosial sekarang nie, tapi bagi Arol blogging tetap yang paling best! Hanya blogger jek yang tahu apa faedahnya. :D
ReplyDeleteSlam kenal.. singgah sini dna follow.
ReplyDelete