Kecoh Khamis minggu lalu apabila pelawak dan pelakon iaitu Harith Iskander dikritik hebat selepas memuat naik status mempersendakan hukum Hudud di laman Twitter miliknya
Ketika dihubungi pihak Astro Gempak, Harith menjelaskan dia tidak berniat untuk mempersendakan hukum Islam itu lebih-lebih lagi status tersebut disalah ertikan ramai pihak.
“Ya ramai yang marah dengan saya kerana status tersebut. Saya mohon maaf jika status tersebut mengguris hati sesetengah pihak. Sejujurnya saya tidak berniat untuk mempermainkan agama sendiri.
“Saya harap isu ini tidak lagi diperbesarkan kerana ianya hanya perkara kecil. Mungkin apa yang cuba saya sampaikan disalah ertikan sesetengah pihak,” jelas Harith ketika dihubungi Astro Gempak.
Dalam pada itu Harith menafikan status tersebut ditujukan kepada individu tertentu.
“Sejujurnya status tersebut tidak ditujukan kepada mana-mana pihak atau individu tertentu. Mungkin pandangan saya berbeza dengan orang lain.
“Macam saya cakap apa yang saya sampaikan mungkin apa yang orang lain baca disalah ertikan.
“Apa yang saya dapat lihat ramai yang marah dah bertindak terus tidak lagi jadi pengikut akaun Twitter saya.
“Saya tidak terkilan jika perkara tersebut berlaku kerana mereka ada hak untuk berbuat demikian,” tambah Harith lagi mengakhiri perbualan.
Sumber : AstroGempak
Bagi angah sendiri,hukum hudud tu hukum dari Allah S.W.T. Jadi kalau kita tolak,bermakna kita tolak Allah kan?? Ke cmna? Angah pun tak tahu macam mana.. :'(
setiap org ada pendapat masing2..
ReplyDeleteorg yg mengkritik tu pn blum tentu betul:)
Seelok-eloknya bab Hudud ini biarlah mereka yang arif bercakap. Kita yang kurang ilmu agama ni patut lebih banyak bertanya dan belajar dari ustaz @ ustazah.
ReplyDelete