Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ni angah nak ajar anda tentang cara-cara nak pakai kain pelikat. Mungkin nampak remeh bagi sesetengah orang. Dan mungkin ada juga yang mengatakan memakai kain pelikat adalah kuno dan sudah ketinggalan zaman.
Bagi angah,pemakaian kain pelikat adalah sangat bagus. Sangat selesa di pakai,sebab kita rasa berangin je,lagi satu,tak perlu nak malu kononnya nampak macam perempuan,sebab pakai kain,sebab kain pelikat di khaskan untuk lelaki.
Angah ada tanya kawan perempuan angah tentang pandangan mereka terhadap orang lelaki yang memakai kain pelikat.
Pendapat mereka :-
"Nampak macho dan sangat gagah bila i tengok orang lelaki pakai kain pelikat. Terus i cair. Dari muka tak hensem,terus i nampak dia hensem."
"Pendapat aku lah kan,nampak baik dan sopan je bila lelaki pakai kain pelikat.Lagi satu,nampak kacak la pulak. Mungkin sebab dia amalkan apa yang orang melayu pakai sejak zaman dulu lagi."
Jadi,sudah jelaslah di sini bahawa pemakaian kain pelikat sangat dibolehkan. Cuma yang agak pelik adalah sekarang ni,warga muda lelaki sudah jarang memakai kain pelikat. Kalau nak pakai pun,mungkin ketika berkhatan dan ketika menunggu waktu "terung" kembali sihat.
Angah tak kata pun bahawa diwajibkan terus,cuma alangkah baiknya kalau masih lagi ramai yang memakai kain pelikat. Mungkin ramai yang pakai,tetapi ketika di dalam rumah.*Bersangka baik.
Eh,lupa pulak. Kalau nak tau cara-cara pakai kain pelikat dengan betul,boleh tengok gambar di atas. Ada seorang pakcik sedang mengajar anda tu. Kalau tak reti juga,boleh tanya soalan di ruangan komen.
Sekian.
Angah : Update entry ini sambil pakai kain pelikat.
macho tp nk kne tempatlah nk berpelikat pun kan :)
ReplyDeletehehehe...
ReplyDeleteKalau lelaki pakai kain pelekat ni, lebih nampak 'kejantanannya' ^^ oh BM aku ! hehe I mean,
ReplyDeletekalo kat asrama dulu, nak-nak dalam DEMA ataupun dlm surau, mesti mata ni akan tertarik dulu nak tengok sape lah geranan yang pakai kain pelekat tu XD Lebih macho N nmpk mature .
lelaki lebih macho & segak berkain pelekat , perempuan lebih kelihatan ayu&sopan berkain batik.. hahaha
ReplyDeletebagi ai...lelaki pakai kain pelikat SEKSI
ReplyDelete