Assalamualaikum dan salam sejahtera
Tips Menghilangkan Angin Dalam Perut - Mengurangi atau menghilangkan angin dalam badan adalah salah satu hal dalam menjaga kesehatan. Agin yang terdapat khususnya dalam perut terkadang membuat sangat tidak nyaman dan akan mengakibatkan perut gembung, mual dan bahkan sampai muntah-muntah.
Apakah sebenarnya gas atau angin dalam badan?
Gas yang terdapat dalam sistem penghadaman atau sistem gastrointestinal selalunya mengandungi gas yang tidak berbau seperti oksigen, nitrogen, karbon dioksida, hidrogen dan metana. Ia mengandungi 99% gas buangan dalam usus. Komponen kecil "flatus" atau gas yang keluar melalui dubur, boleh dikaitkan dengan bau yang tidak menyenangkan mungkin disebabkan gas yang mengandungi sulfur. Ia biasanya dilepaskan oleh bakteria yang sememangnya ada dalam usus besar.
Gas atau angin di dalam sistem penghadaman (perut, usus kecil dan usus besar) datangnya dari 2 sumber iaitu, udara yang disedut dan bakteria yang terdapat di dalam usus besar akibat gangguan daripada sesetengah bahan makanan yang tidak dapat di hadam dengan baik dalam badan kita.
Apa yang boleh dilakukan jika badan banyak angin?
Ubahlah apa yang anda makan dan minum. Ini kerana ia boleh membantu mencegah atau membuang angin dalam badan. Jika anda merasakan dalam badan anda banyak angin di dalam badan, anda mungkin mahu melakukan perkara berikut sebelum mengambil keputusan untuk berjumpa doktor.
Kurangkan pengambilan makanan yang menyebabkan angin. Jumlah gas yang disebabkan oleh sesetengah makanan berbeza setiap orang. Cara yang terbaik untuk mengetahui batasan anda ialah melaui ujian yang boleh dilakukan sendiri.
Berikut adalah makanan yang menyebabkan angin dalam badan:a. Kacangb. Sayuran seperti brokolic. Kobisd. Taugehe. Bawangf. Asparagusg. Buah-buahan seperti pear, epel dan peachh. Bijirin seperti roti gandumi. Minuman ringan dan jus buahj. Susu dan produk daripada susu dan keju1. Makanan dalam peket yang mempunyai laktus di dalamnya seperti roti, bijirin dan sos salad.2. Banyakkan minum air kosong.3. Kurangkan udara yang anda sedut.4. Makan perlahan-lahan dan kunyah lebih.5. Elakkan makan gula-gula keras dan mengunyah gula-gula getah.
Petua Tradisional Untuk Buang Angin Dalam Badan1. Ambil beberapa biji bawang putih dan buang kulitnya.2. Hiris bawang putih nipis-nipis.3. Rebuskan bersama 2 gelas air putih sehingga tinggal satu gelas.4. Minum ramuan ini sebulan sekali
Sumber
The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.