Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Semalam,angah dikejutkan dengan berita bahawasanya kawan angah telah di samun oleh sekumpulan orang,di tengah hari yang panas terik.Kejadian berlaku di Seksyen 2,Shah Alam.
Apa yang menakutkan bagi angah ialah,semakin berleluasa jenayah samun ini. Bayangkan,di siang hari,masih ada yang sanggup untuk menyamun orang lain. Mengapakah? Adakah kerana terlampau miskin sehingga sanggup menyamun orang lain?
Kesian kawan angah. Alat muziknya di samun,begitu juga dengan duit di dalam dompetnya. Apa yang angah takut adalah apabila angah keseorangan pulang ke rumah sewa di waktu malam. Bukannya apa,angah selalunya prektis di fakulti sehingga lewat malam.
Lepas habis prektis,angah akan pulang dengan menaiki bas RapidKL.Jadi,apabila keseorangan diri,tanpa sesiapa yang dikenali,angah sendiri agak khuatir.
Sekian.
Biase penyamun ni kadang2 penagih. Dia x ckup duit beli dadah. Kene hati2 djh. Skrg ni samun smpai boleh ragut nyawa. Takut org da lama perhatikan kita. Nauzubillah..!
ReplyDeletememang sangat merisaukan...mereka nie tak pernah takut untuk buat jenayah...
ReplyDelete