Assalamualaikum dan salam sejahtera.
In this entry angah akan tulis tentang apa yang berlaku semasa minggu pertama dalam semester ketiga. Bagi angah sendiri,minggu in merupakan minggu yang mengejutkan.Sebab apa? Selalunya orang akan ingat minggu pertama boleh rileks lagi,tak perlu risau,tetapi jauh bezanya apabila dengan situasi yang angah hadapi.
Pertama,hari isnin angah menerima kejutan apabila subjek Forum,students akan start perform bermula minggu hadapan.Selain itu,subjek Keyboard Skills 1 memerlukan angah untuk prektis piano setiap hari,untuk membolehkan angah lulus dengan cemerlang.
Kedua,subjek Performance Studies memerlukan angah untuk membuat research yang banyak terhadap perfomance dan juga composer.Bagi subjek Theory 3,angah hampir-hampir tak dapat nak fokus disebabkan pertukaran lecturer,daripada lecturer cina kepada lecturer mat salleh.Angah tak faham!!
Ketiga,subjek Malaysian Music3, semua students perlu kuasai muzik tradisional asli melayu. Jadi bermakna angah kena kuasai antara Accordian,Rebana,,Maruas,Gitar Akustik,Violin,Flute. Ini bermakna semakin bertambah alat untuk angah prektis.
Keempat,subjek Bel 311,semester kali ini kena buat term paper,yang mana perlukan angah untuk buat research.Selain itu,ianya kerja berkumpulan,jadi angah kena pilih kumpulan yang benar-benar boleh bekerjasama.
Kelima,subjek orchestra.Semester ini dapat lagu baru,jadi bermakna kena prektis lagu orchestra la pulak.Selain itu,subjek Aural Skills 3,dapat lecturer baru,yang bermakna agak susah untuk angah belajar di awal semester ini.
Keenam,subjek Principal Study,kelas hanya setengah jam setiap minggu tetapi lagu yang diberikan adalah banyak. Dengan scale lagi. Memang nak kena prektis clarinet selalu.Ditambah lagi dengan subjek Music Technology,kena buat lagu menggunakan software,dan perlukan masa yang banyak.
Ketujuh,sekali lagi angah dilantik untuk mengajar junior semester 1 dan 2 dalam subjek Theory Music. Bermakna,angah perlu mengambil masa untuk mengajar mereka.
Kesimpulannya :-
Semester ini angah tak boleh nak main-main lagi. I have to stay in the right path. Memang banyak benda nak kena prektis,dan banyak juga benda-benda yang angah kena hadapi. Sngat susah bagi angah untuk semester ini. Baru first week tapi angah dah dapat rasakan betapa banyaknya tekanan yang ada.
Sekian.
bro amik coz berkaitan dgn music ek?? Good luck
ReplyDeleteFuh banyaknye nak kena praktis..fokus study leklok eh. Mesti kelam kabut kan. Wpun bz study, rehat tu kena ade gak.
ReplyDelete