Bersyukur Dengan Apa yang diberi.

Aerill Hassan
5


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Entry kali ini angah just nak cerita tentang apa yang berlaku sekarang di sekeliling angah. Rasanya angah dah takda tempat nak luahkan segala-gala yang terbuku dalam otak dan fikiran angah selain adanya blog ni.
1. Penat Sangat 

Kenapa angah kata penat? Sebab banyaknya perkara nak di beri tumpuan,boleh dikatakan setiap malam,sebelum tidur,angah akan habiskan masa dua jam untuk membuat assignment. Banyak lagi yang belum dibuat. Ada assignment yang angah buat siap-siap supaya di amsa akan datang tiada sebarang masalah. Selain itu,semester ketiga ni sangat mencabar sebab macam-macam dugaan dan cabaran nak kena hadapi.
2. Masalah Anoyying

Masalah kecil yang membawa kepada kebosanan terhadap diri angah. Seorang kawan yang mungkin sudah tidak patut dipanggil sebagai kawan lagi. Kalau kawan rasanya dia tak patut nak buat macam tu kat angah kut. I think better we just be kawan biasa sahaja. Ada banyak lagi kawan yang boleh dibuat kawan baik. Sebab apa? Angah tak suka kawan dengan orang yang tak pentingkan masa depan,pentingkan akademik,pentingkan apa yang patut dipentingkan.
Mungkin cara angah lain,tapi memang itu yang angah nak. Sekarang rasanya angah dah jumpa dengan  kawan yang tidak seanoyying kawan lama tu. Great!
3. Markah tak full!!

Angah baru je dapat markah untuk kuiz 1 Theory untuk semester kali ini. Alhamdulillah,angah dapat markah yang memberangsangkan. 90/100 alhamdulillah. Cuma yang sedih,kenapa markah tak penuh. Sepatutnya angah boleh dapat markahpenuh tetapi disebabkan satu soalan menyebabkan 10 markah hilang begitu sahaja.
4. Stress dengan exam.
Midterm studio exam + midterm exam sedang menanti. Tak sangka dah hampir separuh semester sudah angah belajar di semester tiga. Tapi yang memeritkan lagi keadaan adalah bila midterm studio di bulan Ramadhan. Bukannya angah nak menjadikan ramadhan sebagai alasan untuk mendapat keputusan teruk. Tapi angah ingin menyataka bahawa midterm studio exam memerlukan prektis yang banyak.
Mampukah angah untuk prektis ditambah lagi dengan keadaan yang begitu menyesakkan hidup? Apa yang angah boleh katakan,setakat ini angah masih mampu lagi untuk melakukan segala-galanya mengikut jadual.
Kesimpulannya

Jangan ingat bahawa bila dah habis belajar di sekolah,belajar di universiti akan menjadi senang. Sebaliknya akan menjadi 100% lebih susah. Sebab apa? Sebab pengaruh rakan lebih banyak. Kalau berkawan dengan rakan yang malas belajar,maka habislah hidup anda. Tetapi sebaliknya terjadi,apabila anda berkawan dengan orang yang rajin,maka hidup anda akan selamat di universiti.
Sekian. 
 
 
 
 
 

Post a Comment

5Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. bersyukur dgn apa yg ada.. :)


    Jemput Join "Segar bersama Fresh Care dan Safe Care Giveaway by EJulz "Segar bersama Fresh Care dan Safe Care Giveaway by EJulz"

    ReplyDelete
  2. Seimbangkan semua sekali Angah ..Moga2 Angah berjaya dalam pelajaran ..
    InsyaAllah kak Lya doakan .. Aaamin aamin aamin ..

    ReplyDelete
  3. Kehidupan masih panjang... satu landasan kehidupan adalah ilmu ^^ semoga berjaya untuk 'ijazah' yang berharga :)

    ReplyDelete
  4. kehidupan sebagai pelajar.. sabar ye angah..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!