Industri Muzik Malaysia Tidak Berkembang???

Aerill Hassan
1


Assalamualaikum dan salam sejahtera.





Muzik di Malaysia bukanlah sesuatu yang baru. Tetapi apa yang boleh dilihat sejak kebelakangan ini dapat dilihat satu trend yang luar biasa iaitu apabila ramai peminat Muzik tempatan mengatakan MUZIK DI MALAYSIA TIDAK BERKEMBANG. Mengapakah hal ini terjadi? Apakah yang membuktikan bahawa muzik Malaysia tidak berkembang?

"Industri Muzik Malaysia tak berkembang,cuba tengok negara Jiran,muzik mereka lebih bagus."
Pertama sekali,apa yang boleh dilihat adalah apabila datangnya muzik-muzik luar seperti dari negara Indonesia. Boleh dilihat pada beberapa tahun kebelakangan ini apabila kebanyakan lagu-lagu yang diputarkan di radio didominasi oleh lagu dari negara seberang. Kalau nak dikatakan stesen radio itu memutarkan sendiri,tidak juga. Kerana peminat sendiri yang meminta lagu itu diputarkan. 

"Malaysia mengutamakan beberapa artis 
ternama sahaja,sebab tu industri tak berkembang."



Kedua, apabila ramai peminat yang terlampau memuja beberapa artis sahaja,sedangkan artis mahupun karya yang baru tidak dipandang. Sebagai contoh,peminat mengagungkan penyanyi tersohor negara iaitu Dato Siti Nurhaliza sedangkan artis-artis yang baru naik tidak dipandang. Hal ini sebenarnya dikatakn punca mengapa berlambaknya artis mee segera.

"Muzik Malaysia terlampau kebelakang."

Ketiga,kurangnya orang yang berpengalaman dan berpengetahuan  Muzik di Malaysia sehingga berlakunya sesuatu yang dianggap bosan. Rancangan2 realiti TV menghasilkan artis mee segera yang sama sahaja setiap musim sehingga menjadikan ianya semakin bosan saban tahun.

 BENARKAH SEMUA INI?
Pada pendapat angah sendiri,angah membangkang kesemua fakta-fakta di atas. Hal ini kerana faktor sebenar ialah TEKNOLOGI. Pertama sekali angah ingin mengatakan bahawa dengan Teknologilah muzik dari negara jiran dapat masuk ke negara kita. Sebagaimana dengan muzik yang baru seperti K-POP dan lain-lain. Peminat Muzik di Malaysia dihidangkan dengan muzik sebegitu di dalam internet dan sebagainya.
Kedua, penyanyi yang sedia ada dan bagus pada masa kini memang sepatutnya diberikan perhatian kerana merekalah yang telah berusaha untuk bangun daripada kosong sehinggalah berjaya.Sedangkan ramai artis realiti tv yang mahukan populariti segera tanpa sebarang usaha yang gigih seperti artis-artis sebelum ini.
Ketiga , Muzik di Malaysia sebenarnya berkembang kerana adanya pelbagai genre-genre baru. Boleh dilihat di mana banyak lagu yang genrenya berlainan digabungkan sekali. Hal ini membawa kepada sesuatu yang baru dan segar untuk didengar oleh peminat Muzik tempatan. 

TETAPI..

MUZIK MALAYSIA semakin terancam kerana kurangnya pendedahan dari segi unsur kualiti lagu. Pada masa kini dapat dilihat lagu-lagu yang kurang kualitinya tetapi diterima ramai. Siapakah yang perlu dipersalahkan? TEPUK DADA TANYA SELERA. 
Sesuatu yang perlu di beri perhatian.

Apa yang kurang di mata angah ialah apabila suatu pertandingan Muzik yang paling berprestij di Malaysia iaitu Anugerah Juara Lagu sudah semakin hilang prestijnya.

Kenapa? Kerana angah dapat lihat bagaimana kualiti lagu yang bertanding sudah semakin kurang kualitinya. Selain itu,dapat dilihat semakin kurang lagu-lagu yang bertanding di masa dahulu. Boleh dilihat pada tahun 90- an di mana artis-artis ketika itu berentap dengan penuh semangat mengikut kategori masing-masing. 
Di mana tiga kategori di pertandingkan iaitu Pop Rock, Balada dan juga Irama Tradisional. Industri Muzik Malaysia pada ketika itu dapat diukur mengikut jenis lagu yang dipertandingkan pada kali itu.Pada masa kini, AJL sudah kurang berprestij Mungkin kerana lambakan anugerah-anugerah mahupun pertandingan lain. Tetapi bilakah prestijnya akan kembali?
 Sekian

Post a Comment

1Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Saya setuju.dengan semua.pendapat angah cuma ada satu yang saya nak tambah. Antara salah satu sebab kenapa muzik kita x berkembang adalah sebab kuasa beli yang rendah dari rakyat kita. Di.samping rakyat.kita.yang sikit.kalau nak banding.dgn.Amerika.dan.Indonesia, kita juga lebih.suka.download.lagu.dari.beli album. Sebab tu muzik kita susah nak.berkembang.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!