Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sebenarnya,buat masa sekarang angah ada beberapa kekeliruan berkenaan isu Nuffnang.Bukanlah suatu isu yang besar,tetapi bagi angah sendiri kalau angah tak dapatkan kepastian,selagi itu angah akan terus tertanya-tanya.
Jadi,dengan menggunakan inisiatif sendiri,angah bertanya dan menghantar ticket kepada pihak Nuffnang.
Antara soalan-soalan daripada angah : -
1. Mengapakah pada masa sekarang banyak blogger yang mendapat cpuv yang banyak?
2. Ada beberapa blogger yang iklan CPUV banyak tetapi nilai setiap iklan itu kurang daripada RM.0.10
3. Terima kasih kepada pihak Nuffnang kerana memberikan iklan CPUV kepada blog saya.
4. Bagaimanakah sesuatu blogger itu boleh menjadi BLOGGER OF THE MONTH? 5. Sekian.
Jadi di dalam gambar di bawah adalah jawapn daripada pihak Nuffnang sendiri. Angah rasa jelas dan faham dengan apa yang diperkatakan dan diperjelaskan oleh pihak Nuffnang. Alhamdulillah..
1.Pihak pengiklan mempunyai sasaran bagi setiap kempen mereka. Mereka akan memilih blog yang menarik pembaca blog yang sesuai sebagai sasaran pelanggan mereka. Sekiranya pembaca blog anda jatuh dalam kategori yang dikehendaki pihak pengiklan, peluang anda untuk dipilih akan meningkat. Ramai blogger yang tidak mengisi kaji selidik(survey) blog mereka dengan teliti akan menyebabkan mereka tidak dipilih. Ini disebabkan oleh fakta bahawa kajian itu membenarkan pihak pengiklan untuk mengenali blog anda dengan lebih mendalam. Di samping itu, pihak pengiklan tidak tahu sama ada blog anda sesuai untuk kempen mereka. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk memastikan bahawa kaji selidik(survey) blog anda yang telah didaftar dalam akaun Nuffnang anda dikemaskini dari semasa ke semasa.
Sistem kami juga akan memberi keutamaan kepada blog-blog yang kurang diberi kempen CPM untuk dicadangkan kepada pihak pengiklan untuk memberi kempen CPM. Kami perlu memastikan setiap blogger akan mendapat kempen dan juga pendapatan yang sama rata. Maksudnya, keadaan macam suatu blog tidak akan diberi kempen kerana blognya telah mendapat beberapa kempen dalam suatu tempoh.
Bagi kes anda, blog anda yang mendapat banyak ‘hit’ adalah blog yang kurang mengandungi kandungan yang asal tetapi blog anda terdapat banyak laman yang mempromosi aktiviti haram. Pihak pengikan tidak akan berminat untuk menempatkan iklan mereka dalam blog yang mengandungi kandungan sebegini. Kami akan menasihati anda untuk memasuki lebih kandungan asal jika anda ingin mendapat pendapatan daripada pihak pengiklan kami.
2. Sebenarnya, ‘Buffered Earning’ adalah kempen CPUV kerana Buffered Earnings(BE) merupakan pendapatan yang diberi kepada anda dari kempen-kempen yang sedang dijalankan.
Bagi pengetahuan anda,pihak pengiklan mempunyai sasaran bagi setiap kempen CPUV mereka. Mereka akan memilih belog yang menarik dengan pembaca belog yang sesuai sebagai sasaran mereka. Sekiranya pembaca belog anda diklasifikasi dalam kategori yang dikehendaki oleh pihak pengiklan, peluang anda untuk dipilih akan meningkat.
Ramai blogger yang tidak mengisi kaji selidik(survey) belog mereka dengan teliti akan menyebabkan mereka tidak dipilih. Ini disebabkan oleh fakta bahawa kajian itu membenarkan pihak pengiklan untuk mengenali belog anda dengan lebih teliti. Dengan ini, pihak pengiklan tidak tahu sama ada belog anda sesuai untuk kempen mereka atau tidak. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk memastikan bahawa kaji selidik(survey) belog anda dikemaskini dari semasa ke semasa.
Penempatan iklan juga adalah salah satu faktor yang penting. Pihak pengiklan menggunakan jumlah modal yang banyak untuk mereka membentuk iklan dan juga membeli ruang iklan untuk menempatkan iklan mereka. Mereka hendak menghantar mesej mereka dalam iklan kepada seluruh sasaran pelanggan mereka dengan berkesan. Jadi, mereka cuma akan beli ruang iklan yang telah dioptimumkan.
Unit iklan Skyscraper adalah elemen pertama sidebar dan bukan diletakkan di mana-mana tempat yang lain. Begitu juga dengan Leaderboard merupakan elemen pertama yang dapat dilihat oleh pengunjung belog anda dan ‘Large Rectangle’ selepas belog post pertama anda. Unit iklan anda yang tidak dapat diletakkan di tempat tersebut akan mempengaruhi keputusan pengiklan untuk mengiklan di belog anda kerana banyak belog yang lain di bawah rangkaian kami yang meletakkan unit iklan mereka dengan sempurna.
Di samping itu, ketersediaan unit iklan juga memainkan peranan yang penting bagi blogger untuk dipilih oleh pihak pengiklan. Semua pengiklan kami memecahkan bajet mereka secara purata adas 3 unit iklan kami, iaitu Leaderboard, Skyscraper dan Large Rectangle, setiap kali mereka beriklan dengan kami. Bajet itu adalah terhad dan mungkin tidak dapat meliputi ketiga-tiga unit iklan. Jadi, peluang anda untuk dipilih oleh pengiklanan untuk menyertai kempen akan dimaksimumkan.
Status glitterati anda juga merupakan salah satu faktor yang dapat meningkatkan peluang anda untuk dipilih oleh pihak pengiklanan sebab pihak pengiklan akan mempertimbangkan ahli Glitterati dahulu. Status Glitterati merupakan suatu program ganjaran kepada blogger yang setia kepada nuffnang. Ahli biasa masih akan dipilih oleh pihak pengiklan tetapi ahli dengan status Glitterati akan dapat lebih peluang untuk dipilih oleh pihak pengiklan.
Untuk iklan CPUV, pemilihan blog bergantung sepenuhnya kepada keperluan pengiklan, dan industri pengiklanan juga sangat bermusim. Oleh itu, kemungkinan ada masa yang tiada pengiklan yang memerlukan kumpulan tertentu penulis blog untuk seketika.
3. Sama-sama. Kami sentiasa mengahargai blogger-blogger yang setia kepada kami.
4. Anda hanya perlu tingkatkan nilai CPUV kepada blog anda untuk layak memohon 'Featured Blogger of the Month'. Jika anda layak, Kami akan memberi maklumat anda kepada rakan sekerja kami supaya mereka boleh proses dan buat keputusan serta pilih blog untuk di-feature.
Terima kasih dan salam sejahtera. :)
Regards,
James Khor
Community Intern
Nuffnang Sdn. Bhd.
Kesimpulannya,
Buat masa sekarang ini,angah masih lagi bersama Nuffnang. Insya Allah. Pihak Nuffnang sangat gigih membalas pertanyaan angah yang tak seberapa itu. ahaha. Sekian.
soalan yg sgt bagus ditanya tu angah. thanks berkongsi dgn kami. menambah lg kefahaman kami tentang sistem nuffnang ni
ReplyDeleteterima kasih :D
DeleteJelas dan padat apa yg diorg jelaskn
ReplyDeletebetul2. :D
DeleteOh, kiranya memang CPUV banyak-banyak sekali gus itu memang bukan masalah teknikal lah ya. Baru nak hantar ticket pada nuffnang, dah dapat penjelasannya dari blog angah, malas lah..hehe. Terima kasih sudi share.
ReplyDeletesama2 :D
Deletethanks for sharing. rasanya itu memang standard jawapan nuffnang
ReplyDeleteWELCOME :d
Deletemcm KM dpt double triple.. bila tanya katanya ada masalah teknikal.. huhu.. pelik jugak tau.. dulu cpuv sunyi je tak masuk.. skang dah sampai 17.. terjojol bijik mata..
ReplyDeletemacam tu pula....baru saya tahu...
ReplyDelete