Artis Dituduh Hina Nabi Muhammad SAW

Aerill Hassan
2

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Sumber : AstroGempak
Aktres Bollywood juga model FHM kelahiran Pakistan, Veena Malik bakal dihukum penjara 26 tahun oleh pihak mahkamah di Pakistan selepas didapati bersalah menghina keluarga Nabi Muhammad SAW ketika menjayakan sebuah program televisyen yang turut dibintangi suaminya, Asad Bashir Khan. 
Program yang bersiaran di TV Geo itu menyiarkan adegan Veena dan suami kononnya sedang menari di sebuah majlis pernikahan sambil diiringi kumpulan muzik yang menyanyikan lagu yang menceritakan mengenai pernikahan anak perempuan Nabi Muhammad SAW. 
Program tersebut mendapat tentangan hebat dan menjadi perhatian masyarakat di Pakistan dan memaksa pihak berkuasa untuk membawa Veena dan suami ke muka pengadilan kerana dianggap cuba menghina Nabi Muhammad SAW. 
Hakim memutuskan bahawa Veena dan suami bersalah dan mahkamah memerintahkan hukuman penjara 26 tahun terhadap Veena. Sementara  suaminya Asad Bashir Khan juga pemilik stesen televisyen tersebut  dan pengacara tv Shaista Wahidi dihukum penjara selama  104 tahun. 
Veena yang ketika ini berada di Dubai turut terkejut dengan keputusan mahkamah dan menolak dakwaan kononnya dia dan suaminya cuba melarikan diri. 
Malah Veena berjanji untuk kembali ke Pakistan dalam waktu terdekat namun terpaksa menangguhkan keputusan tersebut kerana harus berehat selama tiga bulan selepas selamat melahirkan anak.
 Pendapat angah :-
Isu ini sememangnya telah menjadi sesuatu yang sangat menakutkan bagi semua umat Islam. Pada masa kini semakinan banyak fitnah yang dilakukan terhadap agama Islam sebagai salah satu jalan untuk menjatuhkan ISLAM. Fitnah-fitnah yang direka-reka oleh musuh-musuh Islam. 
 
 
 

Post a Comment

2Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!