Drama Suamiku Encik Sotong

Aerill Hassan
3




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sinopsis
ERICA SOFFEA melonjak kegembiraan. Mana tidaknya, dialah bakal peneraju Khaleeda Holding. Walaupun hubungannya dengan arwah nenda bu-kanlah baik sangat pun. Terasa macam hendak buat aksi akrobatik ketika namanya diumumkan. Naik senak kepala Erica bila dia terpaksa dijodohkan dengan sotong peliharaan nendanya, Farish. Dah lah tak macho, pakai baju warna pink. Kalau bercakap tangan bukan main lentik lagi macam orang nak main mak yong. Farish terpaksa menerima Erica kerana dua sebab. Pertama, sebab wasiat arwah Tengku Khaleeda. Kedua, kerana tidak tahan dengan perangai berlagak Erica. Lagipun bukan lama sangat dia perlu bergelar suami pada diva berlagak itu, tiga tahun sahaja. Dalam tempoh perkahwinan mereka jatuh cinta. Tapi... cinta itu bukan milik mereka berdua. Milik siapa ya?Peninglah, kalau dah dapat suami sotong. Bukan hanya lembut fizikaltapi lembut juga hatinya. Erica pula terpaksa terus bersama dengan Encik Sotongnya kerana cinta. Encik sotong bukan lelaki biasa, tetapi lelaki yang sanggup berkorban segala-galanya demi tidak mahu melihat Erica merana. Walaupun jiwa lelakinya menderita, tapi sampai bila?


“Amboi sedap aje mulut kau mengata kat aku. Aku pun tak ingin nak ambil perempuan macam kau ni jadi isteri aku tau. Mulut macam puaka.” - Farish



“Bukanlah Kak Ain, bukan Rica nak sembunyikan suami Rica. Tapi dia sibuk maklumlah nak jahit baju pertunangan Izhan dengan Qarina. Faham-faham ajelah golongan tengku-tengku ni bertunang pun kena buat yang grand. Baju tu kalau boleh bukan setakat labuci, lampu lip-lap tu pun kalau boleh suruh dipasang kat baju. Itu yang suami saya sakit kepala. Nak fikir macammana nak letak lampu lip-lap kat pergelangan tangan.” - Erica


First off all,angah hanya tahu tentang drama ni iaitu Suamiku Encik Sotong ialah apabila angah lihat iklan di Astro Ria,iklan tentang drama terbaru. Yang tak boleh belah ialah pelakon yg menjadi suaminya ialah Sharnaz Ahmad. Jadi,episod pertama hari tu,satu family angah tengok. Secara awalnya,angah dapat agak yang drama ni adalah best.
Tapi tak boleh lagi nak agak secara keseluruhan,sebab novel ini pun angah tak baca lagi,so memang angah tak kan tahu macam mana jalan ceritanya.  Walau bagaimanapun,sememangnya angah agak kurang minat dengan drama-drama melayu. Mungkin drama ini akan membuat angah kembali suka dengan drama melayu?
Sekian. 

Post a Comment

3Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. saya pernah nampak novel ni kat kedai tapi tak beli sebab masa tu kurang bajet. atapi bila tengok Shaanaz jadi hero dia, macam kelakar la pula. hahaha

    ReplyDelete
  2. dah tgok episod pertama cerita ni..seronok sgt..lucu...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!