Assalamualaikum dan salam sejahtera.
"Kadang bila kawan baik kita sakit hati, kita pendam je kan
sebab nak jaga hati dia,kita sanggup pendam."
Anda ada kawan baik? Tipulah siapa yang tiada kawan baik. Pernah kawan anda sakitkan hati anda? Angah sendiri,rasanya dah banyak kali sakit hati dengan kawan-kawan baik angah. Tapi end up,angah pendamkan sahaja. Tak mahu luahkan. Sebab apa? Sebab angah takut nanti putus pula persahabatan.
Itupun sebenarnya kena ikut situasi jugak,kalau kawan baik kita tu sakitkan hati kita pada tahap paling-paling sakit hati,angah rasa for sure angah pun akan luahkan dan marah balik. Sebab kalau pendamkan nanti lagi parah pula. Makin menjadi dia sakitkan hati kita. Betul tak?
Apa- apa pun bersyukurlah sebab ada juga kawan yang sanggup menemani kita dikala saat susah mahupun senang. Bersahabat biar seribu,bercinta biar satu. Tapi bagi angah,berkawan baik,biar ikhlas...
Sekian.
Sebenarnya angah. Kawan baik kalau sakitkan sikit kita lebih mudah terasa berbanding kawan yang tidak rapat
ReplyDeleteKawan baik saya pernah marahkan saya sebab tak teman kan gi pusat komputer hehehe
Dekat berbulan nak baik semula
kawan baik memang susah nak cari .
ReplyDelete