Review Blog #11

Aerill Hassan
0



Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Kali ini angah nak teruskan lagi misi review blog. Alhamdulillah,kini telah masuk siri yang ke 11 untuk review blog,bermaksud,55 blog sudah direview. Alhamdulillah. Jadi,apa kata kita tengok 5 blog terbaik yang akan direview.



1. http://ain-nadia.blogspot.com/



Blog pertama ialah blog Ain Nadia Syahmina. Blog yang cantik ini kepunyaan seorang gadis comel. Mukanya terpampang di header blog. Walaupun loading blog agak lambat,tapi setelah melihat blog yang cantik ini,ianya bukan satu masalah. Dalam blog ini terdapat juga lagu yang dimainkan apabila kita membuka blog,mungkin itu penyebab loading blog lambat.
Apa yang angah dapat lihat,pemilik blog ini kurang mengupdate entry kerana hanya setakat ini 2 entry sahaja dihasilkan untuk bulan November. Mungkin beliau sibuk dengan sekolah atau pembelajaran? In shaa Allah,kalau hasilkan lebih banyak entry menarik,lebih ramai pembaca dapat datang ke blog anda. Jom terjah blog comel ini. Klik gambar.

2. http://www.ieyzartdsyahieyr92.my/


Blog kedua ialah blog Kalam Mr Izs. Sebuah blog yang menarik. Bila angah masuk,kalau tanpa melihat pada header sudah pasti akan menyangkan bahawa ini ialah blog seorang wanita,tetapi ternyata jangkaan meleset bila melihat wajah pemilik blog tersebut di header yang memakai songkok hitam.
Pertama sekali angah nak puji tentang blog ialah angah suka dengan corak2 sekeliling blog. Sangat menarik,ia nampak rumit tetapi menarik.Selain itu,ada beberapa widget yang ringkas dan tidak mengganggu pandangan membuatkan blog ini benar-benar dinamik. Jom ketahui lebih lanjut tentang blog ini. Klik gambar. 


3. http://koyoe-chrome.blogspot.com/


Blog ketiga ialah blog Koyoe Chrome. Pada mulanya angah tidak pasti adakah ini blog yang sebenar atau salah,tapi sememangnya inilah blognya. Setelah diteliti,sememangnya ia merupakan sebuah blog yang hebat. Walaupun headernya membuat kita tertanya-tanya tetapi kebanyakan entrynya ialah seperti entry tutorial. Tetapi bukannya tutorial tentang blog.
Selain itu,warna-warna menarik dalam blog juga digunakan. Apa yang angah pasti ianya bukanlah blog personal sebab angah tak jumpa entry personal pun. Apa-apa pun tahniah kepada tuan blog. Jom terjah blog ini. Klik gambar. 


4. http://invisiblenote.blogspot.com/



Blog keempat ialah blog Invisible Note. Semestinya kebanyakan blogger sudah pun mengenali blogger ini,kerana pemilik blog ini sangat peramah dan suka berkomen2 di blog lain. Terbaik!! Apa yang angah suka ialah blog ini sangat cantik dan loading blog yang laju. Good job!!
Selain itu,susunan widget yang ringkas menjadikan blog ini begitu menarik untuk dilihat. Apabila kita ke laman utama blog tersebut,kita dapat lihat pelbagai entry menarik. Kita boleh memilih sama ada untuk membaca mana-mana satu entry. Terbaik!! Jom kita terjah blog ini. Klik gambar. 


5. http://miss-blue-diary6.blogspot.com/



Blog terakhir ialah blog Cik Facebook. Secara jujurnya ini adalah kali pertama angah datang ke blog ini. Headernya begitu simple dan menarik. Apa yang angah dapat perhatikan ialah blog ini berwarna warni. Selain itu,ia juga mempunyai entry-entry tutorial seperti mengedit gambar.

Dan angah baru perasan yang blog ini dimiliki oleh seorang yang berumur 10  tahun!!Terbaik,kalau masa angah 10 tahun dulu,angah langsung tak tahu pasal internet dan juga komputer. Hehe. Apa-apa pun teruskan berblogging. Jangan putus asa. Jom terjah blog ini. Klik header.

Sekian review hari ini.

Post a Comment

0Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!