"The Most Stupid Malaysian Song!!"

Aerill Hassan
4




Assalamualaikum dan salam sejahtera.



"Industri Muzik Malaysia akan menjadi bosan dan hancur sekiranya lagu-lagu seperti ini diterus guna pakai."
Industri muzik tanah air dikatakan semakin berkembang apabila kebanyakan lagu masa kini,sudah berentak seperti di dalam video yang disediakan di bawah. Lirik-lirik lagu yang bersahaja dan juga seperti "sembang-sembang kosong" sahaja. 
Secara jujurnya,angah sendiri tak suka lagu-lagu sekarang yang hanya menggunakan lirik-lirik yang membawa maksud yang mengarut. Apa yang angah dapat lihat muzik dalam tu berunsur moden tapi lirik yang macam merepek.



Gambar kecil diatas adalah beberapa komen daripada pencinta muzik Malaysia berkenaan lagu ini. Mungkin orang masa kini menyukai lagu-lagu yang berentak seperti ini. Tapi ada jugak yang tak suka lagu-lagu yang jenis sebegini.

 Jom kita lihat video tersebut.



Di mana lagu-lagu Malaysia yang mempunyai lirik-lirik yang bagus dan hebat? Kalau dilihat kepada sesetengah artis sekarang,lagu-lagu dihasilkan hanya menggunakan beberapa chord sahaja. Nyanyian pula,tidak menunjukkan kelantangan dan kekuatan vokal yang bagus.
Macam mana nak lihat bakat baru berkembang kalau muzik Malaysia dilihat semakin ke belakang. Mungkin ramai yang merungut, mengapa artis baru tidak diberi peluang,tetapi kalau diberi peluang,mereka hanya mahukan lagu-lagu biasa dan bukan lagu-lagu yang unik dan juga mampu menjadi bualan ramai.
Sisi Lain Dalam Muzik
Mungkin ada yang melihat jenis-jenis lagu seperti di dalam video di atas sebagai sesuatu yang baru dalam industri seni suara di Malaysia. Dengan lirik-lirik yang kelihatan seperti merepek dan juga mengarut. Angah sendiri kurang gemar dengan lagu yang berentak sebegitu. 
 Kembalikan Kegemilangan Industri Muzik

Mungkin dalam jangka masa beberapa tahun lagi,industri Muzik Malaysia akan kembali maju dan semakin bagus. Mungkin artis-artis baru yang bertaraf seperti Dato Siti Nurhaliza dan juga Hafiz AF akan bertambah ramai dan menghiasi dunia muzik Malaysia.

Post a Comment

4Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. jarang layan lagu sekrng .. thu plk lgu tu ad..
    ta bg info..

    ReplyDelete
  2. IM pun tak gemar sgt lagu ni. Walaupun takda ilmu dalam bidang muzik tapi sebagai pendengar, IM lebih suka lagu yg lebih ada makna.

    ReplyDelete
  3. Tak berapa suka bab muzik jadi tak reti nak komen huhuhu

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!