Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Disebabkan angah mahu pulang lebih lambat sedikit berbanding orang lain, angah telah memilih hari isnin untuk kembali pulang ke Shah Alam. Di dalam fikiran angah , kemungkinan orang ramai sudah pulang ke rumah masing-masing. Di samping itu juga , angah ada kuliah pada hari isnin pada pukul 2 petang.
Ternyata tanggapan angah meleset apabila banyak sangat kereta di sepanjang lebuh raya. Selain itu , pengurusan bas yang kucar kacir membuatkan angah lebih lambat sampai ke destinasi.
Bayangkan , angah dari Kulim , naik bas pada pukul 9.00 pagi , dan akhirnya sampai di Shah Alam pada jam 6.30 petang. Bukankah ia mengambil masa yang begitu lama?Sememangnya letih juga untuk menunggu di dalam bas. Di tambah lagi dengan gangguan daripada beberapa penumpang.
BERSEMBANG SECARA KUAT
Ada seorang penumpang , dia bersembang dengan orang sebelahnya menggunakan volume yang terlampau kuat , ditambah lagi dengan bahasa yang digunakan. Angah tak rasa ianya merupakan salah satu daripada bahasa yang selalu digunakan di Malaysia. Sudah pasti dia bukanlah rakyat Malaysia.
KANAK-KANAK MENGJENGKELKAN
Selepas gangguan yang pertama , ditambah lagi dengan gangguan kanak-kanak kecil yang membuat bising. Yang angah pelik , ibu bapa mereka seperti tidak mengendahkan langsung perbuatan anak mereka. Mungkin anak-anak zaman ini terlampau dimanjakan. Kalau angah yang buat bising masa angah masih kecil , sudah pasti sudah dimarahi dengan begitu teruk.
Apa -apa pun angah bersyukur kerana sampai juga ke Shah Alam dalam keadaan selamat. Tetapi yang menyedihkan , angah terpaksa ponteng dua kelas untuk hari isnin , memandangkan perjalanan bas tersebut dari Kulim ke Shah Alam memakan masa 9 jam.
Sekian.
memang tak selesa kan
ReplyDelete