Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah , lagi beberapa hari akan masuk ke bulan april. Sesungguhnya , semua rakyat Malaysia tidak sabar untuk melihat sesuatu yang bakal terjadi di bulan April. betul tak? Macam angah sendiri , angah mahu melihat adakah angah dapat melakukan exam dengan sebaik mungkin atau tidak.
Sebenarnya , entry ini angah buat memandangkan angah tersangat - sangat rindukan rumah. Kali terakhir angah berada di rumah ialah ketika cuti tahun baru cina. Itu pun hanya untuk beberapa hari sahaja. Rasa seperti sudah lama tidak pulang , bersama keluarga.
Mungkin disebabkan angah mempunyai masa yang banyak untuk memikirkan perkara-perkara tersebut. Kalau sebelum ini , angah tak terasa sangat homesick disebabkan angah sibuk dengan urusan -urusan lain. Tetapi hari ini , angah tidak membuat sebarang aktiviti melainkan makan dan tidur sahaja.
Apa yang paling angah tak sabar ialah mahu pulang ke rumah. Walaupun masih lambat , tapi angah tetap mahu merasai pengalaman tersebut.
Sekian.
untuk bulan april... muja akan mulakan squat challenge.. heeee
ReplyDeletelama juga tak balik ye
ReplyDeletehomesick jugak ni T_T
ReplyDeleteada masa nanti boleh balik ye angah...
ReplyDelete