Tekanan Memuncak !!

Aerill Hassan
3


Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Alhamdulillah , hari ini angah sempat untuk meluangkan masa bersama blog. Memandangkan ada gap kelas selama dua jam , jadi dapatlah angah menghasilkan beberapa entry.
Sekarang sudah masuk minggu ke sebelas dalam minggu pengajian angah. Untuk satu semester terdapat 14 minggu. Bermakna sekarang hanya tinggal lagi 3 minggu sahaja lagi untuk angah menyelesaikan semester kali ini.
 Bagi angah sendiri , semester 4 ini sangat susah. Susah dari segi pelbagai perkara. Sama ada dalam kerja , subjek yang angah ambil , dan juga perangai rakan-rakan. Sememangnya pelbagai rintangan telah angah lalui sepanjang 10 minggu di semester ini.
Di minggu ke sebelas ini , angah mengalami beberapa tekanan daripada beberapa subjek. Ada banyak subjek yang memerlukan angah untuk menghantar lagu yang direka sendiri. Ada juga subjek yang memerlukan angah untuk prektis beberapa jam sehari. Sememangnya yang paling penting ialah pengurusan masa.
Apa -apa  pun angah harap agar semester ini akan menjadi salah satu kenangan terindah dalam episod pengajian angah. Orang kata zaman belajar lah yang paling best , in shaa Allah angah akan jadikan zaman belajar angah sebagai zaman yang best. 
 Sekian.

Post a Comment

3Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!