Kelebihan Bedak Sejuk

Aerill Hassan
23


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kelebihan Bedak Sejuk


Malam semalam , angah telah mencuba memakai bedak sejuk. Dulu masa angah kecil , angah selalu melihat arwah nenek angah memakainya. Apa yang lebih menarik ialah nenek angah sendiri yang membuat bedak sejuk tersebut. Sampai sekarang angah bangga kerana nenek angah mampu membuat pelbagai jenis benda dengan sendiri.
Zaman sekarang , banyak produk kecantikan dapat dilihat giat dipromosikan. Sama ada di kaca televisyen mahupun di media sosial dan juga media cetak. Lambakan produk kecantikan ini memberikan satu tanda tanya , produk mana yang berkesan?
Jadi , apakata kita kembali ke petua orang-orang terdahulu. Ya , mereka tidak memakai produk kecantikan lain , melainkan hanyalah bedak sejuk. Itulah satu-satunya produk yang digunakan untuk menjaga kulit mereka. Oleh itu , mari kita lihat kelebihan bedak sejuk.

  1. Melicinkan muka
  2. Memberi kesegaran pada kulit
  3. Mengurangkan kadar pengeluaransebum/minyak pada kulit
  4. Menanggalkan sel kulit mati
  5. Ia membantu sejukkan kulit
  6. Membersih dan menegangkan wajah. 

Mungkin ada yang akan menganggap bahawa bedak sejuk sudah tidak relevan untuk dipakai , tetapi bagi pendapat angah , ianya lebih baik daripada menggunakan produk-produk kecantikan di luar sana , yang mungkin akan memberikan kesan buruk pada muka anda.

Sekian. 

Post a Comment

23Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. KG masih pakai bedak sejuk...muka jadi halus jerrr

    ReplyDelete
  2. setuju..Fida dulu selalu pakai.Tok yang buat jual..sebungkus RM 2.50...
    Sekarang tok tak larat dah...Tapi memang bila pakai bedak sejuk..muka rasa tegang dan sejuk je

    ReplyDelete
  3. Susah dah nak cari bedak sejuk yang best sekarang ni.. lambakan produk sekarang pun keluar dari satu kilang & dijenamakan sendiri utk promosi.. benda yg sama je.. tak percaya? Tengoklah pada warnanya sahaj pun dah tahu... krim siang, krim malam, krim kunyit. .. marketing... 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. semuanya sama , fungsi yg sama.. nama dan jenama je lain... ish3

      Delete
  4. bedak sejuk tetap di hati..khaty masih guna sampai sekarang dan buat macam dalam pic angah tue..letak daun pandan bagi wangi sikit..

    ReplyDelete
  5. bedak sejuk kalau betul cara buatnya mmg dpt menyejukkan badan tau!!

    ReplyDelete
  6. Ok skrng ni first time sy nak pakai bdak sejuk, sbb muka dah mula tumbuh bintik2 kecil... Hope ada kesan +ve

    ReplyDelete
  7. Ok skrng ni first time sy nak pakai bdak sejuk, sbb muka dah mula tumbuh bintik2 kecil... Hope ada kesan +ve

    ReplyDelete
  8. Bleh hilangkn parut lekuk n redspot x? Bnyk parut dh muka aq nie.. Umur bru 23 tpi muka kawah bulan, cisss.. Redha je n still ikhtiar, nk buat laser xmmpu.. Hurmmm sadis !!

    ReplyDelete
  9. I always support traditional punye petua, lagi2 mkn jamu ni adlh my fav.. dye guna bhan smula jadi.. xcmpur kimia..skrg bkn mslh jminan kulit mulus ke x.. tp jminan bhan kimia tu xmmberi kesan smpingan atau x ... nk jaga kcntikn... bkn skdr cntik..tp itu adlh sbhgian dari kbersihan diri.. xcntik xpe...yg pnting pnjagaan diri tu harus rapi... dan org tgk kte pun segar... sejuk mata memndang.. hehe... dan jgn ptus asa dlm pnjgaan diri...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!