Tazkirah Jumaat #24 : Hukum Zikir Menari

Aerill Hassan
6




Assalamualaikum dan salam sejahtera

Lelaki : Siapa yang ajar zikir-zikir berjoget ni? Nak berhibur sangat macam yahudi-nasrani sampai umat islam terikut-ikut sehingga dalam berzikir pun nak tiru cara diorang jugak!
Ustaz : Saudara, apa yang kamu lihat pada zahirnya semata-mata tidak semestinya salah, apa yang kamu nampak macam salah tak semestinya salah.
Lelaki : Jadi zikir menari-menari apa benda sebenarnya??!
Ustaz :Dalam hal berzikir, jelas dalam al-Quran mengatakan bahawa boleh zikir dalam keadaan berdiri, baring, dan duduk. Kamu boleh rujuk dalam surah Ali 'Imran ayat 191. Ini menunjukkan ibadah zikir tidak terikat dengan pergerakan seperti ibadah solat.
Ustaz : Jadi , jika nak zikir sambil menari ke, sambil main bola ke, sambil jogging ke, sambil memasak ke takde masalah kerana hukum asalnya ia ibadah yang tidak terikat dengan pergerakan.
Lelaki : Jadi, bolehlah ikut caa Yahudi-Nasrani berhibur tari menari untuk berzikir?
Ustaz : Siapa kata kena ikut Yahudi-Nasrani?
Ustaz : Kena lihat hukum asaal,tarian sekadar menggoyangkan badan atau menganggukkkan kepala itu bertentangan dengan syarak atau tidak. Sebagai contoh, bolehkah buat tarian bogel sambil berzikir? Mestilah tidak boleh.Kerana walaupun hukum asalnya tidak terikat dengan pergerakan, tapi ia tetap terikat dengan nas umum yang lain. Contohnya , tidak boleh menari seperti perempuan dan tarian yang menjatuhkan maruah. Jadi sebagari seorang mukkalaf, kenalah bijak dalam membezakannya. Tak nak buat , takde masalah, tapi kalau nampak orang buat,  jangan cepat sangat menghukum sesat ... Semoga faham..
Sekian.

Post a Comment

6Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. isu viral 2 -3 hari ni..? yang penting kita semua zikir.... In sya Allah

    ReplyDelete
  2. hahah..jawapan tarian bogel sambil berzikir tu menarik...sah2 tak boleh..hihiiih

    ReplyDelete
  3. hurmmm perlu huraian lagi nih...asalkan xikut kaum lain sudah...

    ReplyDelete
  4. zikir mengingati Allah :)

    mungkin kalau zikir sambil menari nnt buat kita lalai pula dan terlebih menari daripada berzikir

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!