Assalamualaikum dan salam sejahtera
Di zaman teknologi yang kian berkembang , secara umumnya , boleh dikatakan ianya membawa pelbagai perkara positif terjadi. Tetapi , adakalanya , bila datangnya sesuatu yang positif , ia turut membawa sekali rakannya iaitu Negatif.
MEDIA SOSIAL
Semuanya bermula apabila munculnya Internet. Setelah itu , muncul lagi beberapa laman web yang kian menjadi popular. Facebook , Twitter , Blog ,Instagram dan bermacam-mcam lagi. Semuanya diyakini bahawa ianya merupakan satu cara manusia bersosial. Cara yang sangat mudah. Kemudahan yang dicipta untuk kesenangan masyarakat zaman sekarang.
NEGATIFNYA ?
Apabila munculnya cerita-cerita tidak benar ,yang diVIRALkan. Kononnya cerita itu benar , dan astu dunia sudah tahu , dan disebarkan. Sampaikan semua orang bercakap-cakap emngenainya. Sedangkan perkara itu palsu. Semuanya bermula , akibat daripada menyebarkan tanpa sebarang usul periksa.
KURANG PEKA
Masyarakat masa kini , khusunya di Malaysia , kini kurang peka berkenaan sumber berita tersebut. "Sama ada ianya tepat ataupun tidak , yang penting aku dapat sebar." Pemikiran bodoh oleh seseorang individu. Sebarkan tanpa sebarang usul periksa.
Ada juga yang apabila tidak suka dengan seseorang itu ,segala apa yang dibuatnya terus dihina. Bermulalah cerita reka-rekaan mereka. Disebarkan lagi sehingga bertambah ramai orang yang tidak menyukai. Semua ini membawa kepada kemurkaan Yang Maha Esa.
FITNAH
Angah dapat rasakan bahawa apabila cerita itu tidak benar , maka ianya boleh diklasifikasikan bahawa berita tersebut ialah Fitnah. Dan angah yakin semua orang tahu bahawa Fitnah itu sangat dilarang. Jadi , nasihat angah teruskan menfitnah. Kerana apa? Kerana tempat yang paling sesuai untuk anda ialah Neraka.
POLITIK
Sebenarnya angah malas nak sentuh bab Politik. Sebab, politik boleh menyebabkan kawan baik bergaduh. Tapi , bab terlampau fanatik ,sehinggakan menghina individu lain , rasanya ianya sudah di tahap melampau. Nasihat angah , kalau tidak suka , jangan menghina. Teruskan dengan sikap tidak suka anda tetapi jangan menjadi seseorang yang celaka sehingga menghina.
Sekian.
yup, agree...sekarang ni asalkan masuk fb je wahhh macam2 story yg annoying muncul...yg artis biasalah gosip artis, yg politik pulak...perhhh menyirap darah pun boleh...then bila sroll pulak komen2 rakyat fb..hmmm...semua guna emosi...jarang2 yg gune akal... xtau laa...suke beno org kite buang masa
ReplyDeletekan.. semuanya guna emosi , keyboard wariorlah katakan..
Deletebetol tu . kadang2 kesian dengan adik2 yang kena viral . mak ayah yg tanggung malu
ReplyDeletetulah akibatnya benda2 viral ni.. memalukan..
DeleteBetul tu Angah ..Kita ni kadang2 tak suka pon jgn la sampai menghina...Tak baik menghina orang ..Tak pasal2 dapat dosa free duk hina orang..Tak suka takpe diam jer lebih baik..
ReplyDeletetu la.. kalau tak suka , just tak suka je la.. tak payah nk tambah dosa lagi..
Deletebak kate upin ipin..betol betol betol.. :)
ReplyDelete:)
Deletekak ana setuju 100% dengan pendapat Angah :)
ReplyDeleteterima kasih..
Deleteindeed! Sokong sgt. Cx pon ada up entry related this issue.
ReplyDeleteye? nk tgok entry..
Deletepolitik. ramai kut hina kelantan. =..="
ReplyDeletetu lah kan angah... kalau tk suka baik diamkan je.. dr menghina.. kan dh tambah dosa je
ReplyDelete