Writer's Block : Cara mengatasinya..

Aerill Hassan
2

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Writer's Block : Cara mengatasinya..


Pernahkah anda mengalamai pengalaman di mana anda tiada idea untuk menghasilkan entri? Pernah kah anda apabila mahu menulis sesuatu di blog , tetapi secara tiba-tiba idea itu hilang?
Tahniah!!

Kerana anda telah mengalami apa yang dikatakan sebagai Writer's Block. Seperti angah sendiri , buat masa sekarang angah tiada idea untuk menulis tentang apa , jadi alang-alang sudah tiada idea , mari kita bercerita tentang Ketiadaan Idea.

Apa cara yang anda lakukan untuk mendapatkan
 IDEA atau permulaaan untuk menulis entri anda?


1. Angah akan melihat entri orang lain, komen di entri rakan-rakan blogger dan juga scroll entri-entri mereka yang terdahulu. Ianya bukan sahaja mendatangkan idea tetapi juga dapat mengisi masa lapang.
2.  Bila angah tiada idea , angah akan buka laman web yang berkaitan berita sensasi, sama ada akhbar online , web hiburan online , ataupun web informasi. Kadang-kadang muncul idea tatkala kita melihat apa yang ditulis di laman web tersebut.
3. Bila idea tiada , angah akan buka facebook , instagram , twitter dan sebagainya. Kerana apa? Di laman2 tersebut , sesuatu yang viral pastinya senang untuk kita lihat. Jadi, apa lagi tunggu? Sebarkan apa yang dikatakan viral tetapi pastikan ianya benar-benar sahih dan bukannya berita palsu. 
4. Bila kekeringan idea , tutup laptop atau tab anda.Kerana apa , kadang-kadang bila kita berada di hadapan laptop , kita akan berasa malas untuk menggunakan otak untuk mencari idea. Jadi , lebih baik lakukan aktiviti lain.
5. Akhir sekali , angah akan  membuat perkara yang angah suka. Contohnya , bermain muzik, jadi disitu, kita sudah tidak fikirkan tentang blog lagi. In shaa Allah  , selepas itu kita akan mendapat ilham.
 



Post a Comment

2Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. bila idea banyak, masa tak banyak.bila masa tak byk..idea pulak byk

    ReplyDelete
  2. mmg slalu terjadi writer's block nie. Tetibe jek ilang idea untuk tulis. Kalau mia, scroll FB dulu. Nnt datang la ideanya... Perkongsian yang menarik
    #efg

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!