Assalamualaikum dan salam sejahtera
Akhirnya , HATI PEREMPUAN dah habis!!
Penangan sebuah drama tempatan , rasanya agak dahsyat! Boleh dikatakan semua orang berkata-kata tentang teruknya perangai perempuan dalam drama ini. Yang membingungkan ialah , walaupun ramai yang mengutuk, membenci, dan menghina tentang drama ini , mereka masih menonton drama Hati Perempuan.
Bersyukur kerana tiada seorang pun dalam keluarga angah yang berminat menonton cerita ini. Angah pun tak tau kenapa takda seorang pun yang suka drama ni dalam ahli keluarga angah. Yang angah boleh nampak , ialah JIRAN angah.
Angah lihat , apabila di waktu petang , ketika semua jiran- jiran bersembang di kawasan kejiranan , apabila tepat sahaja pukul 7 , mereka akan berpusu-pusu balik rumah semata-mata untuk melihat drama yang dibenci ramai ini. Tinggallah hanya ibu bapa angah sahaja.
Alhamdulillah , akhirnya drama yang begitu mendapat perhatian masyarakat yang inginkan kasih sayang telah tamat. Dan juga angah bernasib baik kerana menjadi salahs eorang daripada mereka yang tidak berminat dengan drama klise.
Persoalannya :-
Apakah pengajaran yang dapat diterima dan juga dibelajar hasil menonton drama terbaik Malaysia ini? Mungkin , ianya emngajar kita untuk berada di rumah ketika waktu Maghrib?
Sekian.
Sib baik akak x layan...x kuasa nak tengok...macam x best je
ReplyDeleteaku tak pernah tengok lagi drama ni. haha. boleh nampak kutukan je dekat fb. pengajrannya supaya melewatkan waktu solat maghrib.
ReplyDeletedrama pelik.
ReplyDeletestuju, crite ni klise..x minat drama ceni..
ReplyDelete