Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Keluarga Alat Muzik Brass
Alat muzik brass. Di dalam orkestra simfoni atau wind orkestra , terdapat alat muzik brass , wood wind , perkusi , dan juga strings. Untuk kali ini angah akan ceritakan tentang alat muzik brass. Angah mengenali alat muzik brass ketika di bangku sekolah menengah. Angah merupakan salah seorang pemain alat muzik brass.
Alat Muzik Brass
Cornet
Cornet merupakan satu alat yang hampir serupa dengan trumpet. Berbeza hanya dari segi saiz , ton kualiti yang lebih merdu. Cornet banyak digunakan untuk Concert Band, Brass Band, dan juga Jazz Ensemble.
Trumpet
Trumpet merupakan alat muzik yang tertinggi sekali di dalam keluarga brass. Sejarah mengenai trumpet dapat diketahui bermula 1500 sebelum masihi lagi. Ada pelbagai jenis trumpet yang bterdapat di pasaran , tetapi yang sering digunakan ialah B♭ trumpet. "Range" bunyi trumpet bermula dari F♯ bawah midle C sehingga 3 oktaf.
Flugelhorn
Flugel horn merupakan alat yang asalnya menyerupai trumpet, tetapi mempunyai lebih luas permukaan "serombong"nya. Bunyi yang dihasilkan di katakan adalah ditengah-tengah antara trumpet dan juga french horn. Flugel horn banyak digunakan di dalam brass band , jazz dan juga pop muzik.
French horn
French horn ataupun lebih dikenali dengan nama Horn. Terdapat pelbagai jenis horn di luar sana. Antaranya mellophone, marching horn dan juga Vieena Horn. Di dalam orkestra , kebiasaanya pemain horn akan dikategorikan kepada dua , "high" horn ataupun "low" horn.
Trombone
Trombone, berbeza dengan alat muzik lain di dalam keluarga brass , trombone tidak mempunyai"valve" tetapi trombone mempunyai "slide". Slide itu digunakan untuk mengubah bunyi yang dihasilkan. Trombone juga mempunyai pelbagai jenis, antaranya tenor trombone, bass trombone dan juga alto trombone.
Baritone Horn
Baritone Horn merupakan alat bernada rendah yang terdapat di dalam keluarga brass. Ianya sama seperti tuba, euphonium dan juga trombone. Ton yang dihasilkan ialah diantara bunyi trombone dan juga euphonium. Walaupun baritone horn dan juga euphonium kelihatan serupa, tetapi euphonium mempunyai tiub yang lebih besar dan juga "serombong" yang lebih besar.
Euphonium
Euphonium merupakan alat muzik yang bermaksud "sweet sound". Selalunya orang akan keliru euphonium dan juga baritone horn. Tetapi kedua-duanya mempunyai perbezaaan ketara. Bunyi yang dihasilkan euphonium lebih "darker" manakala bunyi baritione horn pula lebih"bright".
Tuba
Tuba merupakan alat muzik terbesar dan paling rendah bunyinya di dalam keluarga brass. Terdapat pelbagai jenis tuba antaranya ialah contrabass tuba, bass tuba, tenor tuba, dan juga subcontrabass tuba. Kebiasaanya tuba dimainkan di dalam wind orchestra simfoni dan juga jazz.
Kedudukan Alat Muzik Brass di dalam orkestra
Wind Orkestra
Full Orkestra
Sememangnya semua alat-alat muzik di atas merupakan alt muzik yang klasik yang popular di Barat. Di Malaysia, alat muzik ini popular di kalangan pelajar sekolah yang mempunyai pancaragam. Selain itu , terdapat juga pertandingan-pertandingan yang diadakan di Malaysia.
Anda nak tahu angah pernah main alat yang mana? Hampir ke semua di atas angah pernah main. Tetapi alat yang paling lama angah main ialah Euphonium iaitu dari tingkatan satu sehinggalah tingkatan lima.
Sekian.
angah, ajar la baca chord gitar & keyboard
ReplyDeleteNak blqja muzik ngn angah la...
ReplyDeleteTambah ilmu pasal alat muzik hari ni :)
ReplyDeleteTambah ilmu alat muzik harini
ReplyDeleteSalam angah. Kalau time orientasi dip musik. Angah bwk alat music skali ke??
ReplyDeletesalam angah. Kalu time orientasi dip musik kna bwk alat musik skali ke?
ReplyDeletewsalam.. orientasi tak perlu lagi. bila nak start belajar baru kena bawak.
Delete