Lana Nodin selamat nikah

Aerill Hassan
3
Assalamualaikum dan salam sejahtera


Sumber : Sinar Harian


DENGAN  sekali lafaz, aktres kontroversi dan pelakon seksi, Lana Nodin atau nama sebenarnya, Mazlina Hasan Nodin,  35, selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, David McKienzie atau nama Islamnya, Mohd Daud McKienzie, 35, di Hotel Palace of Golden Horses, Seri Kembangan, hari ini.
Pasangan ini telah dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan Masjid Al-Islah Serdang Raya, Seri Kembangan, Ustaz Mohd Ramizi Ramli dengan mas kahwin berjumlah AS$10,000 (RM32,000) tepat jam 10.35 pagi.
Majlis pernikahan tersebut menyaksikan pihak perempuan menerima lima dulang hantaran daripada Daud manakala wang hantaran pula dirahsiakan. Pihak lelaki pula menerima tujuh  dulang hantaran.
Secara keseluruhannya, majlis perkahwinan pasangan ini mendapat tajaan mencecah RM2 juta yang meliputi malam berinai,  majlis pernikahan dan malam persandingan.
Antara barisan penaja  lain adalah Charisma Jewellery, Jakel Textile, Diandra Couture, YSA Events,Avicenna Studio, Bunga Studio, Azasna Design, Casaclo, Zara Glam by Sorayya, Sugarlicious, Dessert & Gift, Illani Yaakub Cookies, Laura Daddy's Dollies Cakes, Redcard 1 Stop dan Hotel Palace of Golden Horses.
Hadir sama, ahli keluarga kedua-dua mempelai serta sahabat handai termasuk rakan artis dan selebriti tanah air seperti Shasha Saidin, Lisdawati, Fauzi Nawawi, Aishah Ilias, Chacha Maembong dan Julia Ziegler.
Difahamkan, majlis resepsi akan berlangsung pada malam ini di lokasi yang sama bertemakan Modern English hasil sentuhan KL Wedding Ministry.

Sekian 

Post a Comment

3Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!