Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sumber : Sinar Harian
KAJANG - Tindakan seorang lelaki memanjat pokok bagi mengelak ditangkap selepas mencabul seorang wanita di tandas asrama sebuah institut pengajian tinggi , di sini, membawa padah apabila dahan pokok itu patah dan dia terjatuh ke bawah.
Difahamkan dalam kejadian 6.45 pagi itu, suspek berusia lingkungan 20-an itu patah tangan kanan selepas enggan turun dan bertenggek di dahan pokok berkenaan sebelum terjatuh .
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, suspek sebelum itu bertindak mencabul dan cuba merogol mangsa yang sedang mandi di tandas berkenaan.
"Mangsa menjerit selepas suspek dalam keadaan bogel menerkam dan cuba merogolnya. Bimbang jeritan mangsa didengari rakan-rakannya, lelaki itu berlari keluar dan memanjat pokok berkenaan.
“Awalnya, walaupun didesak oleh pengawal keselamatan di situ untuk turun dari pokok, suspek enggan dan nekad berada di atas pokok selama kira-kira 15 minit, namun malangnya dia terjatuh apabila dahan tempatnya bertenggek telah patah," katanya.
Rashid berkata, suspek mempunyai dua rekod lampau bersabit kes cabul dan dadah.
“Lelaki itu sedang menjalani rawatan di Hospital Kajang dan berada di bawah jagaan polis.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” katanya.
macam2 kan...macam mana boleh dia masuk
ReplyDeleteitulah yg pelik..
Deletewahahahaha..sudah jatuh ditimpa dahan..patah tangan lagi..padan muka!..
ReplyDeletepadan muka..hehe
Deletemacam2 zaman sekarang ni..hurmm
ReplyDeletesekarang semuanya jadi pelik..
DeleteSaya ada baca gak kesah ni dalam akhbar .. adeh.. macam2 dunia sekarang ni..
ReplyDeletedunia dah menjadi kucar kacir..
DeleteAdoii mcm2 hal..
ReplyDelete