Kenali Perodua Axia

Aerill Hassan
3

Assalamualaikum dan salam sejahtera

produa , axia , myvi , harga kereta perodua axia



Perodua Axia

Perodua Axia ialah kereta kompak lima pintu yang dihasilkan oleh salah sebuah pembuat kenderaan Malaysia, Perodua. Ia merupakan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) pertama Malaysia dan telah dilancarkan pada 15 September 2014. 
Nama 'Axia' disebut dengan bunyi 'azia' (a-zee-a) berasal dari perkataan Asia. Huruf 'x' dalam 'Axia' juga mewakili bilangan sepuluh mengikut nombor roman, menunjukkan Axia adalah Perodua yang kesepuluh. Untuk model Axia ini Perodua menggunakan slogan "Your Smart Move" atau dalam versi Bahasa Melayu "Langkah Bijak Anda/Ternyata Bijak".
Perodua Axia ialah kereta hatchback lima pintu yang dibangunkan oleh pengilang kereta Malaysia, Perodua. Ia dilancarkan pada September 2014 sebagai pengganti pada Perodua Viva. Perodua Axia dibangunkan berasaskan Daihatsu Ayla / Toyota Agya. Axia merupakan model pertama yang dikeluarkan dari kilang baru Perodua di Rawang, Selangor.
Butiran Lanjut :-

Pengilang : Perodua
Pengeluaran : 2014 -
Tahun Model : 2014 -
Pemasangan : Rawang, Malaysia
Pendahulu : Perodua Viva
Kelas : Kei Car/segmen-A
Stail Badan : hatchback lima pintu
Reka Letak : Enjin Hadapan , pacuan empat roda
Enjin : 1.0L IKR DOHC 13
Penghantaran : Transmisi manual 5-kelajuan 4-kelajuan automatik
Jarak Roda :  2,450 mm ( 96.5 in )
Panjang : 3,640 mm ( 143.3 in )
Lebar : 1,620 mm ( 63.8 in )
Tinggi : 1,510 mm ( 59.4 in )

Kedua Ayla dan Agya telah dijual di negara jiran Indonesia dan Philippines sejak 2013, tetapi tidak di Malaysia. Sungguhpun model pengganti Viva berasaskan pelantar Ayla / Agya, Perodua turut memasukkan unsur bahagian badan atas dan luaran yang direka secara tempatan, dan kereta itu bukan sekadar penjenamaan semula sahaja 

 Sekian.

Sumber : Wikipedia

Post a Comment

3Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!