Review Aku Penghibur | Role Model Sebenar !!

Aerill Hassan
10


Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Review ahli EFG yang seterusnya. Siapakah yang bertuah? kalau sebelum ini , Nota Purba telah direview , kali ini tibalah masa untuk blogger seterusnya direview. Seronok berada dalam EFG kerana setiap ahli sangat sporting.

"Aku penghibur? Apa yang nak di hiburkan? Macam mana nak menghiburkan?"

Ya, itulah persoalan jika kita lihat di sebalik domain akupenghibur.com. Unik dan versetail. Mungkin juga, bila melihat nama domain ini, tanggapan pertama kita ialah ialah sebuah web yang berasaskan hiburan. Tapi hiburan apa yang cuba di sampaikan?
Aku Penghibur bukanlah sebuah nama yang asing dalam dunia Blogging. Nama yang tercipta hasil dari kata-kata Datuk Aznil Hj Nawawi yang mengatakan "awak boleh jadi penghibur yang baik". Disebalik kejayaan dalam dunia Blogging achik sebenarnya ia adalah dari doa seorang mak dan keluarga yang tiada henti, sokongan dari kawan-kawan reality dan maya serta pembaca di Blog. Achik juga seorang yang 'low profile' 

Bagi angah sendiri pemilik blog ini iaitu acik sudah mula angah kenali ketika di awal angah terbabit di dalam blog. Beliau merupakan salah seorang antara blogger terawal yang angah kenali. Pada mulanya angah ingatkan blog akupenghibur.com ini biasa-biasa sahaja , tetapi apabila blog itu terpilih untuk memenangi Best Lifestyle Blog untuk tahun 2014 dan juga tahun 2013. Kemenangan itu membuktikan bahawa blog acik bukanlah blog biasa-biasa , semestinya mempunyai rahsia tersirat.
Pemilik yang mesra disapa acik ini selalu memberi tunjuk ajar kepada blogger yang masih hijau terutamanya tentang pentingnya ilmu untuk mengendali sebuah blog. Sebagaimana kata pepatah cina, 'jika mahu kuda yang laju berlari, berilah makan rumput yang berkualiti.' Acik berpendapat, untuk menjadi blogger yang baik harus bersedia untuk menerima kritikan, punyai semangat yang jitu serta konsisten dan kreatif dalam penulisan.
Secara peribadi pula, Acik seorang yang ramah dan berbudi bahasa sehingga menyebabkan dia sering menjadi rujukan kami di EFG. 'Makan sorang' tiada dalam kamus hidup dia. Idea-idea bernas dan kritikan yang diluahkannya cukup berguna, bagai kata-kata seorang abang kepada adik. Bukan terlalu menghormati,tetapi blogger beginilah yang patut dijadikan role model, dahlah comel, boleh jugak bawak bergurau dan tegas pada masanya!
Entri yang angah suka ialah entri Apabila Lelaki Hanya Ada Diploma Dan Perempuan Mempunyai Ijazah. Ianya berkenaan perkahwinan tidak setaraf atau sekhufu. Bagi angah ianya satu entri yang baik kerana pada zaman ini banyak kejadian sebegitu , dimana lelaki dan wanita yang ingin berkahwin tetapi berbeza taraf pendidikan, akhirnya menyebabkan mereka tidak berkahwin atas dasar tidak setaraf. Untuk ketahui dengan lebih lanjut anda bolehlah ke entri tersebut.
Jika tiba-tiba, dalam satu hari tu, anda macam tak tahu nak buka web apa. Cubalah pergi ke akupenghibur.com. Pelbagai input menarik yang boleh kita dapat.

Sekian. 

Post a Comment

10Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Sekufu.... Herm... Tetiba perkara tu bermain di fikiran Along

    ReplyDelete
  2. apabila hangat dan hibur bergabung... meletop

    ReplyDelete
  3. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  4. good review angah, zaman sekarang mmg ramai perkawinan tidak sekufu, tu normal, mcm cn sendiri..ijazah tu hanya segulung kertas, yg penting pandai cari duit bagi anak bini makan ;)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!