Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sudah lama rasanya angah tak memberikan tutorial. Baiklah, kali ini angah nak ajar anda semua cara-cara untuk membuat border di sekeliling post entri anda. Ya, seperti yang anda dapat lihat dalam blog angah, setiap entri pasti akan ada border berwarna kuning di sekelilingnya. Bagi angah ianya lebih kemas dan menarik.
Cara-caranya :-
1. Log in Blogger
2. Pilih Templat , kemudian klik Edit HTML.
3. Cari kod ini :-
.post {
Gunakan CTRL + F untuk lebih mudah mencarinya.
4. Letak kod yang diberikan ini dibawah kod .post { tersebut.
background-color: #FFFFFF;
border: 2px solid #FFA500;
margin: 0 0 1.5em;
padding-bottom: 1.5em;
padding: 6px;
5. Save, dan lihat blog anda.
Anda boleh tukar butiran mengikut citarasa anda.
*Untuk yang berwarna merah , anda boleh tukarkan kod tersebut dengan warna yang anda mahukan.
Sekian sahaja tutorial kali ini. Mudah dan senang sahaja. Jika anda tidak berjaya, sila ulangi semula atau anda boleh bertanyakan di sini. Terima kasih.
Sekian.
The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.