Kenapa Aku Marah!!

Aerill Hassan
4


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Secara tegas ingin angah bagitahu bahawa angah tak suka orang yang suka cakap belakang. Kenapa nakc akap dekat belakang? Nak kutuk atau nak cakap perkara buruk pasal orang, apa kata cakap terus di depan-depan. Jumpa secara face to face?
Sememangnya dah ramai manusia yang bersifat sebegini yang angah dah jumpa kat luar. Ada yang mukanya baik tapi rupa-rupanya macam-macam dia dah cakap pasal kita. Itupun angah tahu selepas angah pindah atau selidik dari orang-orang lain.
Seronok ke bila dapat cakap belakang? Atau dalam erti kata lain mengumpat? Kalau perkara tu betul takpa, kita boleh ubah, sebab perkara yang tak betul sememangnya patutu diubah. Tapi kalau benda tu hanyalah fitnah semata-mata, ianya sudah menjadi dosa.

 Dalam erti kata mudah yang angah rasa pelajar sekolah rendah pun boleh faham, kutuk sahaja di depan. Cakap secara terang-terangan apa yang anda tak puas hati. Janganlah jadi talam dua muka. Dekat pihak sana cakap lain, depan kita cakap lain. Tau tak mulut tu angah dah nampak macam apa, macam mulut BABI. Opss.. tersebut binatang yang ada dalam Zoo Negara.

Apa-apa pun angah tahu yang semua orang dah besar panjang. Dah boleh fikir. Diberi akal fikiran yang cukup cerdas untuk berfikir. Kalau pasal GST tau nak bangkang, tapi pasal adab kehidupan macam haprak. Belajar jadi manusia yang boleh jadi manusia. Bukan jadi manusia yang bermulutkan binatang.

Sekian. 
 
 

Post a Comment

4Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. angah jangan marah-marah yer..
    #clickclicknufnang

    ReplyDelete
  2. cik en pon.. suka face to face,.. x puas hati ckp la kan.. sbb cik en slalu jd cmni.. marahkan org lain sdgkan nk marah cik en... garang sgt ke muka cik en ni... hehehe

    ReplyDelete
  3. 1st time tgok entry angah marah2 mcm ni. be strong ya ! . bersabar tu banyak ganjarannya dari Dia.

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum.. sekadar perkongsian, biasalah manusia mana-mana pergi ada je yg suka cakap belakang ni.. tapi rasanya tak perlu kot kita tergugat dengan benda tu sebab bila ada yg cakap belakang, maknanya kita berada di depan mereka..biarkan mereka terus bercakap dan kita, diamkan saja sebab diorang tengah bg angah pahala free tu..hehe..peace

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!