Assalamualaikum dan salam sejahtera
Cabaran untuk entri kali ini ialah Amalan Berbalas Juadah Di Bulan Puasa
Sebenarnya angah dapat lihat amalan ini di rumah. Memandangkan sekarang ini angah tinggal di rumah sewa dan lebih banyak berbuka puasa di fakulti, agak susah untuk angah lihat amalan ini diamalkan oleh angah sendiri.
Ketika angah tinggal di Beruas, Perak dahulu , boleh dikatakan jiran-jiran di berek Polis tersebut sangat baik. Bila tiba bulan puasa, kita akan berbalas juadah, kalau ibu bapa angah masak, maka akan dibuat lebih untuk diberikan kepada jiran, manakala jiran pula akan membalasnya.
Manakala di rumah sekarang iaitu di Taman Desa Aman, Sungai karangan, amalan ini nampaknya macam sudah tiada, disebabkan kawasan kejiranan di rumah angah suka berbuka bersama-sama di pondok di depan rumah angah. Semua akan sama-sama membawa makanan dan berbuka bersama-sama.
Sekian
Kat bandar2 dah takde dah amalan ni...jiran2 pn tk kenal dh...kt kg masih ada...
ReplyDeletekat kampung je selalu tukar2 juadah berbuka, paling tidak pun kuih
ReplyDelete