Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Baiklah. Untuk entri kali ini angah nak cerita tentang raya. Ya! Raya pertama sehinggalah raya ke tiga. Boleh dikatakan raya kali ini agak menarik. Berbanding dengan tahun- tahun sebelum ini yang lebih menarik. Mungkin kerana apabila kita semakin membesar, rasa kemeriahan itu semakin pudar.
Raya Pertama
Raya pertama angah boleh simpulkan sebagai hari yang memenatkan. Dalam suasana yang meriah, pagi hari jumaat itu angah bangun awal pagi. Kemudian bersiap-siap untuk ke surau. Dengan pakaian baru, angah rasa bersemangat. Selesai solat sunat , kami sekeluarga bersiap-siap untuk ke kampung sebelah mak angah yang terletak 10 minit sahaja daripada rumah.
Malangnya, perancangan tersebut tergendala sekejap kerana ada jiran yang datang ke rumah. Dalam pukul 11.30 baru dapat pulang ke kampung. Suasananya sama seperti tahun lepas , angah tiada sepupu yang ramai di keluarga sebelah mak angah. Jadi, kemeriahannya hanyalah ada pada keluarga angah sahaja. Seronok jugak bila tak ada sepupu yang ramai. Sebab duit raya akan bertambah jumlah dan nilainya berbanding jika ada ramai sepupu.
Pada tengah harinya, angah dan ayah angah ke masjid untuk solat jumaat. Apa yang angah perhatikan ianya lebih meriah sebab ramai orang. Orang-orang bandar pulang ke kampung, jadi di sini boleh kita lihat pelbagai jenis fesyen baju yang dikenakan pada badan mereka. Warna warni di aidilfitri.
Selesai solat, kami sekeluarga ke rumah saudara mara yang terletak di sekitar kawasan Kulim. Alhamdulillah ,semuanya seronok. Memandangkan tahun ini agah sudah berumur 20, jadi duit raya yang dapat dikumpulkan pada hari raya pertama semakin menurun berbanding sebelum ini. Sangat menyedihkan.
Segala-galanya selesai di waktu petang. Alhamdulillah, semuanya meriah. Dan memenatkan.
Sekian.
Salam angah..selamat hari raya...maaf zahir batin...Raya tahun ni agak sederhana buat kak SA...memang xde rasa nak beraya sangat..x tau kenapa...
ReplyDeletetahun ni memang meriah jugak..hehehe..semua rumah sedara diterjah
ReplyDeletekurang sangat dapat duit raya tahun ni :D hehe tapi saya setuju bila makin besar, makin rasa kurang meriah, mungkin sbb makin banyak tanggungjawab or kerja kena uruskan di hari raya
ReplyDeleteSelamat Hari Raya buat tuan blog sekeluarga. Ceria2 selalu :)
ReplyDelete